Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah Yacob lawat ITE

Apr 19, 2018 | 04:35 PM



PRESIDEN Halimah Yacob berkata Institut Pendidikan Teknikal (ITE) telah menawarkan banyak peluang untuk golongan muda dan pekerja yang ingin mempertingkatkan kemahiran mereka.



Malah tambahnya, ITE juga telah melahirkan lulusan yang prihatin tentang masyarakat di sekitar mereka selain mempersiapkan pelajar ini bagi menghadapi ekonomi hari muka.



“Bagi pelajar dari ITE, kami tidak mahu mereka menumpukan perhatian pada meraih kemahiran dan mempersiapkan diri bagi ekonomi akan datang sahaja.



“Pada masa yang sama, kami juga ingin mereka mempunyai rasa prihatin kepada masyarakat yang kurang bernasib baik,” kata Puan Halimah yang juga penaung Pasukan Belia Singapura (YCS).



Beliau berkata demikian kepada media selepas berkunjung ke ITE Kolej Barat di Choa Chu Kang pagi tadi (19 April).



Puan Halimah turut menyentuh tentang peranan penting yang dimainkan ITE dalam bentuk pendidikan dan latihan berterusan.



Bagi Encik Muhammad Najib Wahab, 39 tahun, yang sedang mengikuti kursus Diploma Teknikal Bekerja dan Belajar (WLTD) dalam jurusan kejuruteraan sistem keselamatan di ITE sekarang, bidang yang diceburinya ini agak asing dan mencabar, memandangkan beliau daripada sektor yang berbeza sebelum ini.



Namun, beliau tetap terbuka belajar kemahiran baru bagi mendedahkan dirinya kepada laluan kerjaya alternatif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >