Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah Yacob temui seniman kurang upaya dan pelajar yang hasilkan karya seni Beg Singapura Bersama

Jul 18, 2020 | 08:56 PM



PRESIDEN Halimah Yacob pada Sabtu (18 Julai) menemui beberapa seniman kurang upaya dan pelajar darjah lima yang menghasilkan karya seni bagi beg cenderahati Perbarisan Hari Kebangsaan 2020 (NDP2020) - acara masyarakat fizikal pertama yang dihadirinya sejak Mac iaitu sebelum pemutus rantaian jangkitan bagi mengekang penularan Covid-19.


Puan Halimah telah menemui sembilan seniman itu, dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana mengongsi kisah peribadi mereka dengan negara menerusi seni.


Beg Singapura Bersama itu memaparkan 10 desain oleh seniman kurang upaya dari tujuh pertubuhan, dengan kerjasama SG Enable; dan juga 10 desain oleh murid darjah lima, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (MOE).


Sejajar dengan tema NDP tahun ini, ‘Together, A Stronger Singapore’, karya seni mereka adalah luahan cinta mereka bagi Singapura, dan penghargaan kepada mereka yang telah menyokong perjuangan menentang Covid-19, dan aspirasi mereka bagi masa depan Singapura.


"Walaupun dengan Covid-19, saya gembira seniman kurang upaya dan pelajar darjah lima mempunyai wadah untuk memaparkan bakat dan aspirasi mereka di Perbarisan tahun ini. Saya berbesar hati mendengar daripada seniman dan pelajar bahawa mereka teruja menjadi sebahagian daripada projek ini. Mereka semua sangat gembira kerana menerusi karya seni mereka, mereka dapat mengongsi cinta dan harapan mereka untuk negara kita dengan semua rakyat Singapura," kata Puan Halimah. 



Setiap isi rumah warga Singapura dan Penduduk Tetap boleh mengambil Beg Singapura Bersama di Pusat/Kelab Masyarakat dari 20 Julai hingga 2 Ogos atau Pusat Jawatankuasa Penduduk dari 20 Julai hingga 26 Julai, dari 10 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali cuti umum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >