Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DENGAR PODCAST #NOTAPIS

Presiden PPIS singkap jerih payah asuh anak sambil belajar

Mar 09, 2020 | 05:30 AM



CIK Rahayu Mohamad masih teringat cabaran yang perlu beliau lalui ketika mengambil diploma pendidikan awal kanak-kanak dulu.



Ketika itu, Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) ini sudah pun mempunyai tiga orang cahaya mata.



Baru dua bulan mengikuti program diploma selama dua tahun itu, Cik Rahayu mendapat tahu beliau mengandung anak keempat.



Sepanjang tempoh pendidikannya, beliau perlu mengasuh empat orang anak, bekerja dan melakukan segala tugasannya sebagai seorang pelajar.



"Apabila anak saya tidur 10 malam, itulah masanya saya membuat segala tugasan sekolah.



"Dan saya akan terus melakukannya sehingga 7 pagi, sebelum anak-anak bangun ke sekolah dan kemudian saya bergegas ke kerja. Pada waktu itu, saya kerja setengah hari.



"Tetapi setiap pagi, saya dan suami akan memandu dari Woodlands ke rumah ibu saya di Tampines untuk menghantar anak-anak ke sana agar dijaga ibu sebelum saya ke kerja di Marine Parade.



"Pada ketika itulah saya menghayati sebenarnya apa maksud di sebalik kekata 'menangis tak berlagu," kongsinya.



Cik Rahayu, yang merupakan isteri Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, berkata bagaimanapun beliau tidak pernah kesal dengan laluan yang dipilih serta segala keperitan dan cabaran yang perlu beliau lalui itu.



Kata beliau, yang turut memiliki Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kuala Lumpur:



"Ada waktu-waktunya, memang saya rasa macam Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu.



"Tetapi setiap kali, saya rasa seperti ingin menyerah diri, saya sabar kerana saya tahu apakah matlamat jangka masa panjang saya.



"Dan inilah, pada saya, kekuatan yang ada pada setiap wanita iaitu semangat daya tahan," kata ibu enam anak ini.



Beliau berkata demikian dalam satu sesi podcast Berita Harian #NoTapis sempena Hari Wanita Antarabangsa yang berlangsung semalam.



Cik Rahayu, 52 tahun yang telah menjadi anggota lembaga pengarah dan presiden PPIS secara keseluruhan selama lapan tahun, berkata pe ranan wanita hari ini telah banyak berubah.



Di Singapura sahaja, peluang yang diberikan kepada wanita untuk sama-sama meraih kejayaan sudah meluas, terutama daripada segi pendidikan.



Kini wanita juga sama-sama keluar bekerja untuk menyumbang kepada ekonomi keluarga.



Meski wanita tetap perlu memegang pelbagai peranan, tetapi pada masa yang sama, peranan kaum lelaki hari ini juga, menurut pemerhatiannya, telah berubah.



Para suami kini juga memainkan peranan lebih aktif dalam hal ehwal rumah tangga misalnya dalam aspek pengasuhan anak.



"Perubahan kepada landskap sosial inilah yang menjadikan wanita dan lelaki melihat peranan mereka mula berubah dan mereka sedar akan tanggungjawab bersama yang perlu dipikul dalam membangunkan keluarga," katanya.



Walaupun demikian, Cik Rahayu berkata masih terdapat lagi nasib wanita yang perlu dibela, lebih-lebih lagi dengan perangkaan yang menunjukkan bahawa jumlah wanita yang di luar daripada tenaga kerja adalah ketara.



"Mungkin mereka tersepit dalam situasi di mana mereka terpaksa berada dalam situasi sedemikian dan tidak boleh keluar bekerja.



"Namun implikasinya adalah apabila mereka tidak bekerja dan kemudian meniti usia senja, kekurangan sumber ekonomi itu mungkin menjejas mereka di hari muka kelak," katanya lagi.



Oleh yang demikian, katanya, nasib wanita harus terus dibela dan ini termasuk golongan ibu tunggal, wanita yang ditinggalkan dan wanita yang diceraikan.



Dengan ini, beliau berharap wanita akan terus menyokong satu sama lain.



"Kita berada dalam satu sistem di mana penting untuk kita mempertingkat kehidup an wanita yang memerlukan bersama-sama sebagai satu masyarakat.



"Bak kata ungkapan Melayu, dalam kelembutan seorang wanita itu, ada ketegasannya dan ada kekuatannya," katanya lagi.




JOM DENGAR!



Peranan pelbagai yang perlu dipegang wanita hari ini semakin mencabar dengan kian ramai wanita kini juga keluar bekerja untuk sama-sama menyumbang kepada ekonomi keluarga.



Namun apa yang membuat wanita hari ini kuat, berdaya tahan dan tidak mudah putus asa?



Ayuh dengar pandangan Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Rahayu Mohamad, dalam episod terkini, podcast #NoTapis.



TIGA CARA MUDAH NIKMATI PODCAST BH #NOTAPIS:



1. Muat turun aplikasi Spotify dalam telefon bijak anda.



2. Tekan #NoTapis di ruang pencarian podcast.



3. Follow #NoTapis untuk menikmati kandungan kami. Cari judul terkini - Wanita: Dalam kelembutan, ada ketegasan.



Anda juga boleh ikuti podcast kami di www.BeritaHarian.sg atau 'Follow' di Spotify.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >