BENDERA Singapura dikibarkan bersama-sama bendera Norway di Royal Palace di Oslo pagi semalam dalam satu majlis sambutan bagi Presiden Tony Tan Keng Yam.
Lagu Majulah Singapura dan Ja, Vi Elsker Dette Landet (atau Ya, Kita Cinta Negara Ini) memenuhi suasana sambil pancaragam memainkan lagu kebangsaan kedua-dua negara di luar pekarangan istana abad ke-19, yang merupakan kediaman rasmi Raja Norway.