"Saya amat berdukacita mendengar pemergian Ustaz Ibrahim Kassim. Ustaz Ibrahim merupakan antara ulama Islam yang dihormati di Singapura. Sebagai pemimpin agama, Ustaz Ibrahim memberi sumbangan besar memupuk jalinan harmoni antara masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura. Menerusi Pendidikan Islam, Ustaz Ibrahim telah meninggalkan kesan positif dalam kehidupan ramai dalam masyarakat. Ustaz Ibrahim seorang lagi individu berdedikasi daripada Generasi Perintis yang melambangkan semangat sukarela dan muhibah, dan sumbangan pentingnya kepada Singapura akan terus menjadi inspirasi kepada warga Singapura buat sekian lama. Takziah saya ucapkan kepada keluarganya dalam masa sukar ini."
– Presiden Tony Tan dalam Facebook beliau.