Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Presiden Tony Tan temui rakan sejawatan dari Austria di Jerman

Jun 27, 2016 | 02:27 PM

LINDAU (Jerman): Presiden Tony Tan Keng Yam bertemu rakan sejawatannya dari Austria, Dr Heinz Fischer, pada Ahad (26 Jun), kata satu kenyataan Pejabat Presiden Singapura.

Mereka bertemu di luar Mesyuarat Penerima Nobel Lindau ke-66 di Lindau, Jerman, yang sidang dikunjungi Dr Tony Tan dalam rangka lawatan kerja enam hari.

Beliau menghadiri mesyuarat itu dalam kedudukannya sebagai ahli Senat Kehormat Mesyuarat Yayasan Penerima Nobel Lindau. Yayasan itu menyokong sains dan penyelidikan, terutama dalam bidang yang diberi Hadiah Nobel.

Semasa pertemuan itu, Dr Tony Tan dan Dr Fischer membincangkan pungutan suara Brexit di United Kingdom Jumaat lalu - di mana pengundi Britain memilih keluar daripada Kesatuan Eropah - serta perkembangan serantau dan antarabangsa lain.

Mereka juga mengesahkan hubungan mesra antara Singapura dan Austria, dan meneroka cara hubungan boleh diperkukuh lagi.

Berita Popular

Tahun ini ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Singapura dan Austria.

Semasa di Jerman, Dr Tony Tan juga bertemu para pegawai kanan Deutsche Bank dan Deutsche Bundesbank.

Beliau juga menganjurkan satu majlis di Frankfurt bagi lebih 200 rakyat Singapura yang tinggal di Jerman.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map