Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Tony Tan tiba di Mexico bagi lawatan negara

Jun 08, 2016 | 12:04 PM



MEXICO CITY: Presiden Tony Tan Keng Yam tiba di Mexico City pada Selasa (7 Jun) petang (pagi Rabu waktu Singapura).



Beliau disambut Penolong Setiausaha Ehwal Luar Mexico, Encik Carlos Alberto de Icaza Gonzalez, di Hangar Presiden Lapangan Terbang Antarabangsa Benito Juarez.



Encik Rogelio Granguillhome, duta besar Mexico ke Singapura, dan Cik Jennie Chua, duta besar Singapura ke Mexico, turut menyambut Dr Tony Tan.



Beliau akan berada di Mexico City selama empat hari akan datang bagi satu lawatan negara untuk memperingati hubungan diplomatik empat dekad antara Singapura dan Mexico.



Ini kali pertama seorang presiden Singapura mengadakan lawatan negara ke sebuah negara Amerika Latin.



Mexico rakan perdagangan kedua terbesar Singapura di Amerika Latin, selepas Panama. Perdagangan antara dua negara itu bernilai AS$4.59 bilion ($6.21 bilion) tahun lalu.



Pada Jumaat ini, Dr Tony Tan akan menemui Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto, yang melawat Singapura pada 2013 pada tahun pertama pentadbirannya. Encik Pena Nieto akan menjadi tuan rumah majlis jamuan tengah hari negara bagi beliau.



Presiden Tony Tan juga akan menerima kunci ke Mexico City daripada Dr Miguel Angel Mancera, ketua pemerintah di bandar itu.



Beliau ditemani isterinya, Cik Mary; Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman; serta Anggota Parlimen Tin Pei Ling dan Darryl David.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >