Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN: PERBAHASAN PERUBAHAN PADA PRESIDEN DIPILIH

Presiden Tony Tan tidak akan bertanding

EP
Nov 09, 2016 | 05:30 AM



PRESIDEN Tony Tan Keng Yam berkata beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya presiden akan datang memandangkan pilihan raya itu bakal diperuntukkan bagi calon Melayu.



Dalam kiriman Facebook semalam, Presiden Tony Tan berkata selepas 46 tahun, beliau mengalu-alukan pemilihan seorang Presiden Melayu.



Kiriman itu dibuat selepas Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan di Parlimen bahawa pilihan raya akan datang, yang perlu diadakan tahun depan, diperuntukkan bagi calon Melayu.



"Pindaan yang diusulkan akan memastikan perlembagaan kita kekal sebagai dokumen yang hidup yang dikemas kini dari masa ke masa.



"Institusi Presiden Dipilih perlu kekal relevan mengikut masa dan konteks setempat," kata Presiden Tony Tan.



Beliau menambah: "Oleh sebab pilihan raya Presiden akan datang bakal diperuntukkan bagi calon Melayu, saya tidak akan bertanding. Selepas 46 tahun, saya mengalu-alukan seorang Presiden Melayu.



"Saya akan terus memberi tumpuan melaksanakan tugas saya sebagai Presiden sebaik mungkin dalam baki tempoh saya, dengan memperkukuh hubungan masyarakat dan mempererat hubungan antarabangsa untuk Singapura.



"Bersama-sama kita dapat membina Singapura yang lebih baik untuk masa depan kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >