Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Tony Tan ucap selamat kepada Raja baru Thailand, undang beliau lawat Singapura

Dec 02, 2016 | 12:05 PM



PRESIDEN Dr Tony Tan Keng Yam telah menyampaikan ucapan selamat kepada Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun di ata kenaikan beliau ke takhta kerajaan Thailand pada Khamis (1 Dis) dan menjemput beliau melawat Singapura.



"Bagi pihak rakyat Singapura, saya menyampaikan ucapan selamat saya kepada Tuanku bagi peristiwa paling bertuah kenaikan Tuanku ke takhta," kata Dr Tony Tan dalam surat kepada Raja Maha Vajiralongkorn pada Jumaat.



"Tuanku menjadi sumber ketenangan dan kekuatan bagi rakyat Thai sejak pemergian Raja Bhumibol Adulyadej. Saya yakin pemerintahan Tuanku akan membawa era keamanan, kemakmuran dan kemajuan baru bagi Thailand.



"Singapura dan Thailand mempunyai perhubungan mesra dan rapat yang terjalin setelah beberapa dekad. Dalam tahun-tahun akan datang, saya tidak ragu-ragu bahawa kerjasama dua hala antara dua negara kita akan terus kukuh dan membawa manfaat kepada rakyat kita.



"Saya ingin menyampaikan jemputan kepada Tuanku untuk melawat Singapura secepat yang selesa bagi Tuanku," kata Dr Tony Tan.



Pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn, 64 tahun, dijangka diadakan selepas upacara pembakaran mayat Raja Bhumibol, yang meninggal dunia pada 13 Okt, tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >