Presiden Tony Tan, Yaacob sertai iftar di Masjid An-Ansar
Tetamu khas turut diberi taklimat kegiatan masjid dan tinjau prasarana dipertingkat
Jun 18, 2016 | 05:30 AM
PRESIDEN Tony Tan Keng Yam dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, menyertai iftar di Masjid Al-Ansar, yang menjadi nadi penduduk Islam di daerah Bedok, malam tadi.
Seramai 650 orang hadir di majlis iftar di masjid itu yang dibuka semula April tahun lalu selepas menjalani kerja-kerja peningkatan selama hampir tiga tahun.