Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden wanita pertama mahu 'segarkan' Apad

Jul 20, 2021 | 05:30 AM



HASRAT 'menyegarkan' semula Angkatan Pelukis Aneka Daya (Apad) mendorong Cik Fajrina Razak tampil menerajui satu-satunya persatuan pengkarya seni visual Melayu di sini itu.



Bahkan, Cik Fajrina, 32 tahun, presiden wanita pertama Apad sejak penubuhannya pada 1962. Beliau pernah menjadi setiausaha kehormat Apad.



Cik Fajrina dipilih dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan itu pada Februari tahun lalu dan kini menerajui sebuah jawatankuasa pengurusan seramai tujuh anggota.



Pengkarya, pendidik seni dan kurator bebas itu berkata sebelum beliau memimpin Apad, persatuan itu kurang aktif dan kurang mengadakan pameran sendiri.



"Ini yang mendorong saya memimpinnya. Saya gembira mendapat sokongan jawatankuasa pengurusan baru. Mempunyai beberapa muka baru dalam lembaga jawatankuasa baru ini amat membantu," kata Cik Fajrina dalam satu wawancara bersama Berita Harian baru-baru ini.



Anggota lain jawatankuasa pengurusan untuk dua tahun itu ialah: Encik Nhawfal Juma'at (naib presiden), Encik Muhd Masyfu' Mohd Noor (setiausaha kehormat), Encik Dino Hafian Ahmad (bendahari), Encik Ramli Nawee (anggota), Cik Masturah Shaari (anggota), dan Encik Noor Rahman Saini (anggota).



Apad mempunyai 49 anggota, termasuk 10 pengkarya wanita, namun Cik Fajrina berkata sebenarnya ada ramai lagi pengkarya wanita Melayu di luar persatuan itu.



Tetapi sesetengah mereka lebih suka bergerak secara indvidu daripada melalui platform persatuan.



Menceritakan pelibatannya dalam Apad, Cik Fajrina berkata beliau diajak menjadi anggota persatuan itu pada 2010 selepas tamat pengajian di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa).



Ketika itu beliau melihat Apad sebagai sebuah platform relevan yang sudah lama wujud dan mempunyai rangkaian yang boleh dimanfaatkannya sebagai penggiat seni muda.



"Namun selepas 10 tahun, kami mula mempersoal kedudukan kami - tentang cara dapat kami terus menyumbang kepada kelanjutan persatuan kami, dan cara kami dapat menarik lebih ramai pengkarya muda menyertai Apad," kata Cik Fajrina.




"Namun selepas 10 tahun, kami mula mempersoal kedudukan kami - tentang cara dapat kami terus menyumbang kepada kelanjutan persatuan kami, dan cara kami dapat menarik lebih ramai pengkarya muda menyertai Apad."
- Cik Fajrina Razak, presiden Apad, yang menyertai persatuan itu pada 2010 selepas tamat pengajian di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >