Prestasi WSH di tapak binaan baik tapi perlu beri perhatian projek kecil
Zaqy: Kes kematian di projek bernilai lebih $10 juta merosot, tapi kes kematian projek $10 juta ke bawah naik
MESKIPUN industri pembinaan telah menunjukkan prestasi keseluruhan yang baik dari segi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja (WSH), terdapat trend kes kematian yang semakin meningkat di tapak pembinaan lebih kecil berbanding dengan yang besar.
Justeru terdapat keperluan untuk mengatur langkah bagi mengurangkan risiko berlakunya perkara yang tidak diingini demi keselamatan dan bagi melindungi pekerja, kata Menteri Negara (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.