Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Prihatin sekatan jejas perniagaan F&B, perkahwinan

May 15, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT perancang perkahwinan dan pemilik khidmat makanan dan minuman (F&B) yang dihubungi semalam berkata mereka prihatin langkah mengekang penularan Covid-19 yang diumumkan semalam boleh menjejas mereka lebih teruk sedang mereka cuba pulihkan perniagaan masing-masing.



Semalam, pasukan bertugas berbilang kementerian bagi Covid-19 MTF) mengumumkan majlis perkahwinan dan kegiatan makan di luar di tempat F&B tidak dibenarkan dari esok hingga 13 Jun.



Namun, jamuan perkahwinan yang telah dijadual bagi esok diberi kelonggaran untuk diteruskan, jika pengujian praacara dijalankan.



Ini sebahagian langkah diperketatkan yang diambil untuk mengekang penularan Covid-19 dalam masyarakat.



Seorang pengarah syarikat yang menyediakan khidmat perkahwinan, Encik Jefri Sidik berkata syarikatnya mempunyai tempahan setiap minggu selepas Ramadan dan terpaksa membuat penyesuaian segera.



"Kami mempunyai banyak tempahan dari minggu ke minggu selepas Ramadan dan kami telah menerangkan kepada klien apa yang boleh dilakukan," kata Encik Sidek, pengarah urusan Wedeco.



Beliau berkata kakitangan syarikatnya menerima banyak pertanyaan sejak pengumuman pemerintah petang semalam.



Menurut beliau, bergantung kepada klien, syarikatnya boleh mengatur supaya makanan dibungkus untuk dihantar ke rumah tetamu dan sebagainya.



"Kami nasihatkan mereka bahawa peraturan yang diperketat ini adalah untuk melindungi kita semua dan kita harus bekerjasama untuk membantu satu sama lain."



Pengarah urusan Rumah Makan Minang Pte Ltd, Encik Hazmi Zin berkata beliau hampa dengan pengumuman itu kerana berharap dapat menumpukan perhatian kepada usaha memulihkan perniagaan yang terjejas sepanjang tempoh pandemik.



Menurut beliau, perniagaan F&B seperti yang diuruskannya bukan sahaja terjejas dengan pengumuman terbaru ini, malah dengan pengurangan pelanggan di restoran daripada lapan kepada lima yang baru berkuatkuasa tidak berapa lama lalu.



Namun beliau akur langkah yang diperketatkan itu adalah wajar, menandang kes-kes Covid-19 yang melonjak baru-baru ini.



Dalam kenyataannya semalam, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), berkata ia bersedia memberikan bantuan kepada pemilik perniagaan yang terjejas.



"Kami telah mempersiapkan sumber yang mencukupi dan program-program untuk membantu (mereka) meneruskan perniagaan dan mengharungi tempoh mencabar ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >