Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pritam: Dasar komunikasi pemerintah adalah reaktif

Sep 16, 2021 | 05:30 AM



MENYIFATKAN dasar pemerintah berhubung komunikasi sebagai reaktif, Ketua Pembangkang Pritam Singh berkata pemerintah harus bertanggungjawab juga bagi kepalsuan yang tersebar tentang Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (Ceca) dengan India.



Pelbagai emosi sudah meluap dalam kalangan orang ramai sebelum Parti Kemajuan Singapura (PSP) membongkar isu Ceca dan pengambilan pekerja asing, ujar Encik Singh (GRC Aljunied) yang juga ketua Parti Pekerja (WP).



Tambahnya, keengganan pemerintah menjawab soalan yang mempunyai kerelevanan nasional lebih awal menyebabkan salah faham dalam kalangan orang ramai membengkak.



Mencadangkan perubahan kepada budaya komunikasi pemerintah, Encik Singh yang pernah menyarankan undang-undang kebebasan maklumat sebelum ini, menggesa pemerintah mengeluarkan lebih banyak maklumat agar perbahasan awam tentang isu ini menjadi lebih jelas.



Meskipun lebih banyak maklumat telah diberikan dalam usaha menangani isu ini kebelakangan ini, Encik Singh berkata pemerintah mungkin akan terus bersifat reaktif semasa mengeluarkan maklumat berhubung hal sedemikian dan apabila ia sesuai dengan mereka, bukan proaktif dan sesuai dengan orang ramai.



Namun, beliau berkata pendekatan ini tidak dapat dipertahan lagi dan isu warga asing-warga setempat ini boleh diperguna pihak luar untuk melemahkan dan memusnahkan pertahanan psikologi Singapura.



Encik Singh berkata demikian semasa menyertai perbahasan bagi dua usul berhubung karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) Singapura serta persaingan yang mereka hadapi daripada warga asing di Parlimen kelmarin.



Bercakap sekitar setengah jam, Encik Singh menggariskan pendirian WP berhubung perjanjian perdagangan bebas (FTA) dan Ceca.



"Memang tidak dinafikan bahawa FTA telah menggalak pelaburan serta mewujudkan pekerjaan dan peluang bagi warga Singapura dan juga warga asing," ujarnya.



Beliau juga menarik perhatian bahawa terdapat beberapa elemen dalam masyarakat di sini dan diluar negara yang menggunakan Ceca kononnya untuk menyuarakan keprihatinan ekonomi namun hakikatnya berbaur perkauman.



"WP menerima bahawa keprihatinan ekonomi benar-benar wujud dan adalah adil untuk mengutarakan keprihatinan tentang hal ini.



"Namun, kami benci dan mengecam sifat berbaur perkauman dan xenofobia yang telah menjadi sebahagian daripada naratif awam dalam sesetengah pihak," kata Encik Singh.



Beberapa Anggota Parlimen (AP) WP lain termasuk Cik He Ting Ru (GRC Sengkang) turut menyertai perbahasan itu dan beliau menggesa pemerintah mengambil peluang ini untuk memikirkan semula cara mereka menangani dan berbincang tentang isu warga setempat-warga asing.



Encik Jamus Lim (GRC Sengkang GRC) pula berpendapat bahawa sementara FTA adalah bermanfaat, perjanjian itu harus disemak dari masa ke semasa untuk menilai sama ada ia menjejas prospek pekerjaan PMET setempat.



Dalam pada itu, Encik Singh turut mencadangkan agar Usul Menjamin Pekerjaan dan Sara Hidup Warga yang diajukan Menteri Kewangan Lawrence Wong dapat dipinda untuk menekankan pentingnya membetulkan haluan dan menyesuaikan atau mengubah dasar memandang ke hadapan untuk menangani kebimbangan di kalangan warga Singapura.



Bagaimanapun, pindaan yang diusul itu tidak diterima, dengan kebanyakan AP mengundi menentangnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >