Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pritam, Faisal teruskan tugas AP hingga siasatan lanjut selesai

wp
Feb 11, 2022 | 05:30 AM



KETUA Pembangkang, Encik Pritam Singh, yang juga ketua Parti Pekerja (WP), berkata beliau akan meneruskan tugasnya "seperti biasa" hingga saranan bagi beliau disiasat oleh pendakwa raya, sebagaimana disarankan Jawatankuasa Hak Istimewa (COP) Parlimen, selesai.



Naib pengerusi WP, Encik Faisal Manap, yang turut disarankan oleh jawatankuasa itu agar menghadapi siasatan lanjut kerana enggan menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya, akan melakukan perkara sama juga, kata Encik Pritam dalam satu catatan Facebook semalam.



Catatan Facebook Encik Pritam menyusuli laporan jawatankuasa itu, yang diberi kepada Parlimen dan dikeluarkan bagi orang awam semalam.



Dalam laporan tersebut, jawatankuasa itu menyaran Encik Pritam dirujuk kepada pendakwa raya bagi siasatan lanjut "dengan tujuan menimbangkan apakah prosiding jenayah harus dijalankan berhubung kelakukannya di hadapan COP".



Jawatankuasa itu berkata ia berpuas hati, berdasarkan bukti, bahawa Encik Pritam berbohong dalam pengakuannya.



Parlimen akan membahaskan saranan yang dikemukakan jawatankuasa itu apabila ia bersidang minggu depan.



Encik Pritam, dalam kenyataannya di Facebook, berkata masih terdapat beberapa perkara yang tidak diketahui, seandainya Parlimen menerima saranan jawatankuasa itu.



"Ini termasuk keputusan akhir pendakwa raya untuk mendakwa, masa campur tangan sebelum perkara itu dibicarakan, keputusan akhir dan sebarang hukuman yang dijatuhkan, dan prospek kami, Faisal dan saya, kehilangan kerusi parlimen kami dan mengundurkan diri sebagai Anggota Parlimen jika salah seorang daripada kami dikenakan denda $2,000 atau lebih.



"Sehingga ada penyelesaian bagi perkara ini, yang mungkin mengambil masa, Faisal dan saya akan meneruskan tugas kami - termasuk tetapi tidak terhad kepada MPS (sesi bertemu penduduk), lawatan estet, lawatan ke rumah dan komitmen parlimen lain - seperti biasa," kata beliau.



Encik Pritam menambah bahawa WP juga akan meneruskan kegiatannya, termasuk usaha pendekatan dalam kawasan undi yang ditandingnya sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >