KETUA Parti Pekerja (WP) Encik Pritam Singh berkata beliau akan menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin sebagai Pemimpin Pembangkang.
Beliau menyatakan demikian dalam posnya di Facebook semalam menyusuli kenyataan Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang menyatakan Parti Tindakan Rakyat (PAP) ingin mengiktiraf beliau sebagai Pemimpin Pembangkang kerana mempunyai 10 Anggota Parlimen (AP) pembangkang di Parlimen.