Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

USUL MENGENAI MENJAMIN PEKERJAAN DAN SARA HIDUP WARGA SERTA DASAR BAKAT ASING

Pritam saran kategori baru Pas Pekerjaan

Sep 15, 2021 | 05:30 AM



KETUA pembangkang, Encik Pritam Singh, menyarankan satu kategori baru pas pekerjaan (EP) yang hanya boleh diperbaharui jika majikan boleh membuktikan bahawa warga Singapura telah meraih manfaat daripada pemindahan kemahiran menerusi kehadiran EP itu.



"Kategori baru pas pekerjaan ini boleh dirintis dalam industri baru seperti kenderaan autonomi dan AI (kecerdasan buatan) di mana tiada alasan warga Singapura tidak boleh menjadi calon pilihan.



"Saya berharap MOM (Kementerian Tenaga Manusia) boleh mempertimbangkan saranan alternatif sedemikian untuk pastikan hasil yang positif bagi pekerja atau PMET Singapura dengan menjejak peralihan kemahiran kepada rakyat," kata Encik Pritam.



Beliau berkata demikian semasa menyertai perbahasan mengenai pekerjaan dan bakat asing di Parlimen semalam.



Memberi respons kepada saranan itu, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, berkata: "Idea bagi peraturan untuk peralihan kemahiran mungkin dari segi teori nampak baik tetapi dalam amalannya tidak begitu mudah untuk dilaksanakan.



"Proses peralihan kemahiran itu jarang-jarang bersifat 'linear' atau dari satu pihak ke satu pihak (one-to-one)."



Dalam ucapannya sebelum itu juga, Encik Pritam menjelaskan kedudukan Parti Pekerja (WP) mengenai perjanjian dagang bebas (FTA) dan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh (Ceca) Singapura-India.



Katanya, WP menerima bahawa FTA telah menggalakkan pelaburan dan mewujudkan pekerjaan dan peluang bagi warga Singapura dan warga asing.



WP juga akur dengan penjelasan pemerintah bahawa Ceca tidak mewajibkan negara ini membenarkan kemasukan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) dari India tanpa syarat.



"Bagaimanapun, kami percaya adalah munasabah untuk bertanya adakah pemerintah dan MOM telah dalam beberapa tahun lalu gagal mengawal pas pekerjaan sebaik mungkin," kata Encik Pritam.



Beliau juga menarik perhatian bahawa MOM telah baru-baru ini mengumumkan undang-undang antidiskriminasi, dan ini merupakan antara perkara yang telah disarankan Parti Pekerja (WP) dalam manifestonya.



Selain itu, WP tidak menganggap bahawa pekerjaan baik diwujudkan secara automatik bagi warga Singapura hanya dengan adanya dasar pro-perdagangan dan FTA, kata Encik Pritam.



WP percaya beberapa kumpulan seperti pekerja yang kekurangan kemahiran dan bergaji rendah mungkin juga kerugian, jika gaji mereka kekal rendah.



"Pemerintah mesti memastikan bahawa warga Singapura tidak didiskriminasi semasa mencari kerja atau di tempat kerja, dan agar sistem pendidikan dan latihan menyediakan kemahiran yang menyiapkan mereka bagi pekerjaan, dan kemahiran dialihkan kepada warga Singapura oleh bakat asing," kata Encik Pritam.



WP juga menarik perhatian ada yang menyelindung sikap perkauman di sebalik keprihatinan tulen tentang Ceca.



"WP dapat menerima bahawa ada keprihatinan ekonomi yang tulen, dan adalah munasabah untuk menimbulkan keprihatinan.



"Bagaimanapun, kami mengecam perkauman dan xenofobia yang telah menjadi sebahagian naratif awam di sesetengah pihak," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >