ANGGOTA Parlimen GRC Aljunied, Encik Pritam Singh telah dipilih tanpa bertanding sebagai setiausaha agung Parti Pekerja (WP), menandakan peralihan kuasa yang lancar bagi parti pembangkang yang terbesar di Singapura.
Sumber memberitahu akhbar The Straits Times, bahawa Encik Singh merupakan satu-satunya nama yang dicalonkan - dengan disambut sorakan kuat - sewaktu persidangan parti WP apabila anggota kader memilih ketua parti mereka semalam.