Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Probesen 18 bulan untuk PR S'pura yang siar kenyataan anti-Islam dalam talian

Jun 23, 2022 | 05:06 PM



SEORANG belia yang telah menyiarkan kenyataan anti-Islam di wadah media sosial Instagram dihukum menjalani probesen 18 bulan pada Khamis (23 Jun).


Sebagai sebahagian daripada probesennya, warga China, Sun Sicong, kini 21 tahun, perlu berada di dalam rumah dari 10 malam hingga 6 pagi setiap hari dan melakukan perkhidmatan masyarakat selama 60 jam.


Ibu bapanya juga terikat dengan bon $5,000 untuk memastikan tingkah lakunya yang baik.

Pelajar Politeknik Temasek itu, yang merupakan penduduk tetap Singapura, mengaku bersalah pada Mei kerana memuat naik kenyataan dalam talian dengan niat untuk menyakiti perasaan keagamaan orang lain.


Dia melakukan kesalahan itu antara 2018 dengan 2019.


Dua tuduhan lain, termasuk satu tuduhan gangguan, diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan.


Pada mulanya, tiada laporan polis difailkan berhubung kiriman Insta-story menyinggung perasaan di akaun Instagram Sun.


Mahkamah diberitahu bahawa kiriman Insta-story dipadamkan secara automatik selepas 24 jam.


Timbalan Pendakwa Raya Senthilkumaran Sabapathy telah memberitahu mahkamah: "Kiriman yang menyinggung perasaan itu, bagaimanapun, muncul semula dalam talian sekitar 7 Jun 2020, selepas tertuduh menghasilkan dan memuat naik kiriman Insta-story tidak sensitif lain dalam talian... yang mengandungi tangkap layar perkongsian seorang mangsa rogol yang menceritakan pengalaman pahitnya dirogol dengan komen (lucah)."


Pengguna Instagram lain menjadi kecewa apabila mereka melihat kiriman Sun dan membalasnya.


Mereka kemudian merujuk kepada tangkap layar kiriman anti-Islamnya yang terdahulu, yang menjadi tular tidak lama kemudian.


Kiriman-kiriman itu disebarkan secara meluas melalui Internet dan polis kemudian menerima 62 laporan daripada orang ramai yang berasa terancam dan cemas selepas melihat kiriman-kiriman anti-Islam itu.



Mereka yang didapati bersalah memuat naik kenyataan dalam talian dengan niat untuk menyakiti perasaan keagamaan orang lain boleh dipenjara hingga tiga tahun dan didenda.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >