Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Jul 28, 2021 | 05:30 AM



Probesen 2 tahun bagi pelajar politeknik rakam video wanita di tandas, tangga bergerak



SEORANG pelajar Politeknik Republic (RP) yang merakam video beberapa orang dalam tandas di Pusat Perubatan Jurong telah dikenakan hukuman probesen dua tahun semalam.



Gerald Che Hong Yao, kini berusia 21 tahun juga merakam video dalam skirt wanita di tempat-tempat lain seperti dalam lif, atau di tangga bergerak.



Che, pelajar jurusan teknologi maklumat (IT) berada di pusat perubatan itu semasa menjalani program kenal suai kerja.



Che, seorang warga Singapura mengaku bersalah kepada tiga tuduhan voyeurisme semalam.



Dia diperintah berada dalam rumah antara 11 malam hingga 6 pagi setiap hari dan supaya melakukan khidmat masyarakat selama 60 jam.



Ibu bapa Che pula diikat bon $5,000 untuk memastikan anak mereka itu berkelakuan baik.



Che juga dilarang memiliki telefon bimbit dengan fungsi merakam video atau mengambil gambar.




RSN adakan latihan bersama tentera laut Britain



ANGKATAN Laut Republik Singapura, semalam, mengadakan latihan bersama dengan kumpulan serangan kapal induk pesawat udara Britan buat julung-julung kali.



Latihan itu diadakan di perairan antarabangsa di selatan Laut China Selatan, dan melibatkan lapan kapal, termasuk tiga dari Singapura.



Ini adalah kali pertama kumpulan serangan kapal induk Tentera Laut DiRaja Britain, yang melalui Selat Singapura pada Isnin lalu, dihantar ke daerah Asia-Pasifik.



Kumpulan itu dijangka melawat lebih 40 negara dalam kerahan di serata dunia selama 28 minggu yang dimulakan pada Mei lalu.




Bayar gaji rendah: Mantan pengarah Twelve Cupcakes didenda $20,000



SEORANG mantan pengarah di syarikat Twelve Cupcakes telah didenda kerana kesalahan membayar gaji yang terlalu rendah kepada staf.



Yvonne Ong Hwee Ming, kini berusia 49 tahun dan seorang bekas guru, mengaku dia telah membolehkan firma itu membayar pekerja dengan gaji yang lebih rendah daripada sewajarnya.



Dia adalah kakak kepada pengasas syarikat itu Daniel Ong.



Semalam, Yvonne Ong didenda $20,000 selepas didapati bersalah kepada empat tuduhan di bawah Akta Pekerjaan Tenaga Manusia Asing di mahkamah daerah.



Lagi empat tuduhan serupa dipertimbangkan mahkamah semasa menjatuhkan hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >