Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Probesen setahun bagi remaja cuai, penyebab penunggang basikal cedera otak

Feb 22, 2021 | 09:00 PM



SEORANG remaja yang melanggar seorang penunggang basikal pada 2019 dengan kereta yang dipandu melebihi had kelajuan telah menyebabkan mangsa kemalangan itu mengalami kecederaan otak yang traumatik.



Akhbar The Straits Times melaporkan, Timbalan Pesuruhjaya Awam (DPP) Thiagesh Sukumaran berkata lengan kiri mangsa yang merupakan warga negara Malaysia, Encik Wong Wu Pao, 37 tahun, disahkan tidak lagi berfungsi menyusuli kemalangan itu. 



Kata DPP Sukumaran lagi:



"Mangsa juga dijangka mengalami masalah kognitif dan ingatan pada masa akan datang. Kecederaan yang serius ini menyebabkannya terpaksa mengeluarkan $130,000 daripada sakunya sendiri bagi kos rawatan."



Pesalah, seorang pelajar politeknik, Chew Jia Ying, kini 20 tahun, menerima hukumannya pada Isnin (22 Februari). Dia dijatuhkan hukuman probesen selama setahun selepas dia mengaku bersalah mencederakan Encik Wong dengan memandu secara cuai.



Chew juga perlu berada di rumah antara 10 malam dengan 6 pagi setiap hari sepanjang tempoh probesen dan melakukan 60 jam khidmat kemasyarakatan.



Ibu bapanya diberi ikat jamin $5,000 bagi memastikan dia berkelakuan baik. Chew juga tidak dibenarkan memandu apa jua kelas kenderaan selama setahun.



Chew memandu pada kelajuan 70 kilometer sejam sepanjang West Camp Road berhampiran Seletar West Link sekitar 8.30 malam pada 24 Julai 2019. Dia gagal melihat basikal Encik Wong. Mahkamah diberitahu had kelajuan di daerah itu adalah 50 kilometer sejam.



Bahagian kanan keretanya telah melanggar basikal Encik Wong yang menyalakan lampunya pada waktu itu.



Encik Wong tercampak ke bahagian kanan cermin depan kereta Chew yang berkecai kacanya. Beliau kemudian terjatuh ke jalan raya dengan Chew pula memberhentikan keretanya.



Beberapa orang berhenti membantu Encik Wong yang digegaskan ke Hospital Khoo Teck Puat di mana beliau didapati mengalami kecederaan otak yang teruk.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >