Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Produk kurang berat badan kandungi barang terlarang

Nov 26, 2020 | 05:30 AM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) memberi amaran kepada orang awam agar tidak membeli atau mengambil produk 'Queenz Mango Xsliim Botanical Beverage Mix Mango Powder with Garcinia Cambogia & Aloe Vera Extract', yang dijual sebagai produk membantu mengurangkan berat badan.



Ini setelah ujian menunjukkan bahawa ia mengandungi sibutramina, iaitu bahan terlarang dan sennosida, iaitu sejenis julap.



Menurut HSA produk tersebut telah dijual melalui wadah e-dagang tempatan seperti Carousell, Lazada, Shopee dan Qoo10 serta menerusi laman media sosial seperti Facebook.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, HSA berkata ia menerima maklum balas daripada dua pengguna yang mengalami ketidakselesaan pada bahagian dada, degupan jantung yang lebih pantas serta simptom mulut kering setelah menggunakan produk berkenaan.



Produk itu dipasarkan dengan dakwaan bahawa ia boleh menurunkan berat badan dengan pantas tanpa perlu bersenam atau mengawal pemakanan.



Di samping itu ia turut mengelirukan pengguna dengan dakwaan seperti ia merupakan produk pelangsing yang "sihat dan semula jadi" yang mengandungi bahan ekstrak buah-buahan dan botani untuk "detoksifikasi badan" serta "pengurusan berat badan untuk memberi manfaat kepada tubuh".



"Ini bercanggah dengan hasil ujian HSA yang mengesan bahan-bahan memudaratkan dalam ramuan produk itu," menurut HSA.



HSA menasihatkan para pengguna agar berhenti menggunakan produk itu dengan serta-merta dan berjumpa doktor jika mereka berasa tidak sihat atau bimbang akan keadaan kesihatan mereka.



Para pengguna juga dinasihatkan supaya berwaspada terhadap produk-produk yang membuat dakwaan yang keterlaluan bahawa ia dapat membantu menurunkan berat badan tanpa perlu bersenam atau mengawal pemakanan, atau memberikan hasil dengan segera.



Semua penjual dan pembekal 'Queenz Mango Xsliim' diarah berhenti menjual produk tersebut dengan serta merta.



Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan/atau didenda hingga $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >