Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Produk susu Abbott kedua ditarik balik kerana kemungkinan pencemaran bakteria

Feb 23, 2022 | 10:35 PM



KUMPULAN produk untuk menguatkan susu ibu yang dibuat oleh Abbott Laboratories telah ditarik balik oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) kerana kemungkinan pencemaran bakteria, menjadikannya produk susu Abbott kedua yang ditarik balik sejak minggu lalu.



Memberi perkembangan pada Rabu (23 Feb), SFA berkata ia telah mengarahkan pengimport Abbott Laboratories supaya menarik balik sebilangan paket Similac Human Milk Fortifier, sebagai tambahan kepada sebilangan susu formula Abbott Alimentum yang telah ditarik balik minggu lepas.



SFA berkata penarikan balik kedua-dua produk, yang berpotensi mengandungi patogen penyebab penyakit Cronobacter sakazakii dan salmonella Newport, telah selesai.



Kementerian Kesihatan (MOH) juga berkata pada Rabu bahawa ia telah menasihatkan semua hospital awam dan swasta di Singapura supaya berhenti menggunakan 400g tin susu formula bayi Abbott’s Similac Alimentum dan 0.9g uncang Similac Human Milk Fortifier, berikutan penarikan itu.



SFA sebelum ini berkata bahawa jangkitan Cronobacter sakazakii secara amnya jarang berlaku, tetapi ia boleh menyebabkan meningitis, iaitu keradangan cecair dan membran yang mengelilingi otak dan saraf tunjang, atau sepsis, yang merupakan tindak balas yang luar biasa teruk kepada jangkitan.



Gejala jangkitan termasuk demam, kurang makan atau kelesuan.



Sementara itu, salmonella Newport boleh menyebabkan penyakit gastrousus dan mereka yang dijangkiti mungkin mengalami demam, kekejangan perut dan cirit-birit.



Sebilangan produk bagi Similac Human Milk Fortifier yang ditarik balik adalah dari Amerika Syarikat dan mempunyai tarikh luput pada 1 April 2022, atau lebih baru.



Nombor lot pada bekas kelompok yang terjejas mengandungi K8, SH atau Z2, dengan dua digit pertama kod bermula dari 22 hingga 37.



SFA berkata ibu bapa atau penjaga yang prihatin harus berhenti menggunakan produk ini.



Mereka juga harus mendapatkan bantuan perubatan sekiranya bayi mereka berasa tidak sihat selepas mengambil produk yang terjejas.



Kedua-dua jangkitan Cronobacter sakazakii dan salmonella boleh dirawat dengan antibiotik.



Pengguna boleh menghubungi Abbott Laboratories di 62786220 atau e-mel family.sg@abbott.com untuk mendapatkan penjelasan, tambah SFA.



MOH berkata ia juga menasihatkan semua hospital awam dan swasta supaya berwaspada terhadap jangkitan cronobacter atau salmonellosis dalam kalangan bayi atau kanak-kanak yang mungkin telah menggunakan produk yang terjejas akibat penarikan semula itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >