Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Produk tembakau dijual dalam bungkusan standard mulai 1 Julai tahun depan

Jul 01, 2019 | 08:36 PM



 



 



MULAI 1 Julai tahun depan, produk tembakau yang dijual di Singapura perlu mempunyai pembungkusan yang sama dan dan memaparkan grafik amaran kesihatan lebih besar, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



 Dalam kenyataan yang dikeluarkan agensi kesihatan itu semalam, perubahan tersebut akan dikuatkuasakan bagi semua produk tembakau, termasuk rokok biasa, rokok gulung dan cerut.



 MOH telah mengumumkan keputusan untuk melaksanakan perubahan tersebut - yang dirujuk sebagai langkah SP secara kolektif - untuk semua pembungkusan tembakau pada 31 Oktober tahun lalu.



 Ini menyusuli proses menyemak dan menilai kajian setempat dan luar negara serta tiga perundingan awam.



 Antara lain, MOH berkata pembungkusan produk tembakau tidak dibenarkan memaparkan logo, warna, imej jenama dan maklumat promosi lain, kecuali nama dan produk yang dipaparkan dalam warna dan corak aksara yang setara.



 Selain itu, saiz minimum grafik amaran kesihatan akan diperbesarkan daripada meliputi 50 peratus kepada 75 peratus pembungkusan itu.



Peraturan Undang-Undang Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan) serta (Penampilan, Pembungkusan dan Pelabelan) (Peraturan SP) telah diwartakan Isnin lalu dan akan mula beroperasi 12 bulan kemudian, pada 1 Julai tahun depan.



Produk tembakau yang yang mematuhi peraturan sekarang ataupun peraturan SP dibenarkan diimport, diedarkan atau dijual di Singapura sewaktu tempoh peralihan tiga bulan mulai 1 April 2020 hingga 30 Jun 2020 



Menurut MOH, tempoh peralihan itu diadakan bagi membantu para pengeluar, pemborong dan peruncit tembakau membuat penyesuaian serta persiapan bagi pelaksanaan sepenuhnya Langkah SP.



MOH menyatakan: "Langkah SP bagi produk-produk tembakau akan, dengan langkah-langkah kawalan tembakau lain, menyumbang kepada matlamat untuk mengawal tembakau lebih meluas seperti menggalak bukan perokok daripada memulakan tabiat itu, mendorong para perokok untuk berhenti merokok dan menggalak warga Singapura untuk mengamalkan gaya hidup bebas tembakau, yang pada akhirnya akan membawa kepada pengurangan dalam kekerapan merokok".



Kegagalan mematuhi peraturan SP dianggap sebagai satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman dengan denda sehingga S$10,000 dan penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya bagi pesalah kali pertama.



Mereka yang mempunyai sabitan kesalahan terdahulu bagaimanapun akan menghadapi hukuman lebih berat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >