Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Prof Ying raih Anugerah Saintifik Unggul

Dec 24, 2015 | 03:05 PM



PENGARAH Eksekutif Institut Kejuruteraanbio dan Nanoteknologi (IBN) di bawah Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), Profesor Jackie Y. Ying, telah memenangi Hadiah Mustafa Anugerah 'Pencapaian Saintifik Unggul' atas sumbangan dan pencapaian besarnya dalam bidang itu.


Hadiah yang julung-julung kali ditawarkan ini mengiktiraf "kepakaran Profesor Ying yang membawa sumbangan besar dalam bidang saintifik dan teknologi dan pencapaiannya dalam membangunkan perkakasan dan sistem berstruktur nano yang amat baik rekaannya, biobahan berstruktur nano dan sistem bio mini untuk pelbagai aplikasi menarik," menurut IBN dalam kenyataannya.


Hadiah Mustafa ditawarkan untuk penyelidikan yang telah mempertingkatkan kehidupan manusia dan membawa kepada inovasi yang termaju, nyata menuruti sempadan sains atau membawa kepada pengkaedahan saintifik yang baru.


Selain kategori "Pencapaian Saintifik Unggul", Hadiah Mustafa juga mengiktiraf pencapaian dalam beberapa kategori lain, seperti: "Sains Hayat dan Perubatan Sains", "Sains Nano dan TeknologiNano", dan "Maklumat dan Perhubungan Sains dan Teknologi.


Para pemenang Hadiah Mustafa 2015 adalah Profesor Ying bagi Anugerah "Pencapaian Saintifik Unggul" dan Profesor Omar Yaghi dari Universiti California, Berkeley, untuk Anugerah "Sains Nano dan TeknologiNano".


Setiap pemenang menerima hadiah wang tunai berupa AS$500,000 ($702,504) dan sebutir pingat di satu majlis penyampaian anugerah di Tehran, Iran, esok.


Mengulas tentang kejayaannya itu, Profesor Ying berkata:


"Saya amat terharu dengan penganugerahan ini. Penyelidikan bukanlah sesuatu yang saya benar-benar minat. Ia menghubungkan penyelidikan bagi suatu huraian yang tidak diketahui kepada satu cabaran besar yang boleh memberi kesan kepada kehidupan kita, dan dengan dorongan untuk mencipta sesuatu, menterjemahkannya dan sesudah itu mengkomersilkannya.


"Mungkin bahagian yang paling bermakna adalah dalam memupuk saintis muda untuk mengongsi wawasan dan misi saya dalam membawa satu kelainan menerusi kerja kita."


Profesor Ying telah menghasilkan 340 penerbitan dalam jurnal antarabangsa, dan lebih 150 paten asas atau sedang disahkan, yang mana kebanyakannya telah dilesenkan untuk dikomersilkan oleh syarikat-syarikat berbilang negara dan syarikat baru.


Hadiah Mustafa telah dibentuk pada 2013 untuk mengiktiraf penyelidik terkemuka dan saintis dari kalangan negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), selain penyelidik Muslim dari seluruh dunia.


Dianugerahkan sekali setiap dua tahun oleh pemerintah Iran, Hadiah Mustafa bertujuan menggalak pendidikan dan penyelidikan menerusi peranan sebagai perintis dalam membangunkan hubungan serantau antara institusi sains dan teknologi antara negara-negara OIC.


Ia juga berusaha meningkatkan hubungan saintifik antara akademik dan penyelidik dalam usaha memudahkan pertumbuhan sains dalam negara-negara OIC, pertubuhan kedua antara pemerintah terbesar di dunia selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >