Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Profesor Jackie Ying terima anugerah dari akademi sains Turki

Dec 27, 2018 | 05:23 PM



PROFESOR Jackie Ying, yang mengetuai Makmal NanoBio di A*STAR dianugerahkan Hadiah Akademi dalam Sains dan Sains Kejuruteraan dari Akademi Sains Turki (TÜBA). 



Anugerah tersebut mengiktiraf kerja serta usaha yang diterajuinya dalam sintesis bahan-bahan nanostruktur lanjutan untuk digunakan dalam bidang bioperubatan, pemangkin, tenaga, dan bahan-bahan lanjutan, menurut kenyataan yang dikeluarkan A*STAR hari ini . 



Profesor Ying merupakan satu-satunya penerima wanita Hadiah Akademi TÜBA 2018. Beliau juga merupakan wanita pertama yang menerima anugerah dalam kategori Sains dan Sains Kejuruteraan. 



Para pemenang 2018 telah menerima anugerah mereka dari Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dalam satu majlis khas yang diadakan di Istana Presiden di Ankara, Turki semalam (26 Disember). 



Setiap pemenang membawa pulang Pingat Akademi serta USD $30,000 (S$41,200). 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >