Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Profesor mengaku salah mencuri

Apr 20, 2017 | 04:30 PM



SEORANG profesor dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mengaku salah di Mahkamah Negara hari ini (20 Apr) atas dua tuduhan mencuri.



Er Meng Joo, 55 tahun, yang merupakan seorang profesor penuh dalam bidang kejuruteraan elektrikal dan elektronik, mengaku dia telah telah mencuri barangan berupa penyegar udara dan barangan dandanan diri bernilai $225.15 kesemuanya, dari sebuah pasar raya NTUC FairPrice di stesen minyak Esso di Dunearn Road pada Januari tahun lalu.



Lima pertuduhan lain melibatkan barangan bernilai $228.20 akan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.



Er ditahan semasa melakukan kecurian oleh pengurus pasa raya itu, Encik Lam Wing Kin, 41 tahun, yang menyaksikan rakaman video dari kamera litar tertutup.



Er dilihat dalam keadaan mencurigakan semasa dalam pasar raya dan dia meninggalkan tempat itu tanpa membuat bayaran bagi beberapa barangan kira-kira 4 petang pada 27 Januari 2016.



Barangan itu termasuk pengecas dinding dan dua botol bahan pencuci mulut.



Encik Lam melihat Er mencuri sekali lagi kira-kira 9.40 pagi pada 29 Januari 2016.



Kali ini dia mencuri alat pengecas jenis 'power bank', dua penyegar udara dan satu kabel USB mikro.



Menyedari Er merupakan satu pelanggan tetap, Encik Lam mencari namanya dan nombor pendaftaran keretanya.



Beliau membuat laporan polis pada 30 Jan dan Er mengaku atas kesalahannya semasa polis mengunjungi rumahnya.



Mahkamah hari ini meminta laporan bagi menilai kesesuaiannya menjalani perintah rawatan wajib (MTO).



MTO merupakan satu rawatan untuk pesalah yang mengalami keadaan psikiatrik.



Mereka perlu menjalani rawatan itu dan tidak dipenjarakan.



Er akan kembali ke mahkamah pada 22 Mei ini.



Menurut laman NTU, Er merupakan anggota dilantik bagi Lembaga Penasihat NTU dari 2009 hingga 2012.



Dia juga menjadi ahli Jawatankuasa Pemandu Senat NTU dari 2010 hingga 2012.



Er meraih Anugerah Profesor Paling Tekun pada 2009 dan lima tahun kemudian, dia memenangi Anugerah Pembimbing Cemerlang.



Dia dipercayai masih bertugas di universiti itu.



Bagi tuduhan mencuri dalam kedai, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >