SEORANG profesor Universiti Nasional Singapura (NUS) yang dirakam memecut sepanjang Lorong Chuan dalam kereta Maserati telah dikenakan denda maksimum $5,000.
Henry Yeung Wai Chung, 50 tahun, mengaku bersalah memandu dengan berbahaya dan telah diharamkan daripada memandu selama 13 bulan.
Yeung, yang dikenakan hukuman tersebut hari ini (Isnin, 26 Nov) telah ditangkap lima hari selepas melakukan kesalahan memandu itu pada 7 September lalu, menurut laporan The Straits Times.