Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Profesor NUS dipecat dek salah laku seksual

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Profesor NUS dipecat dek salah laku seksual

Dec 02, 2020 | 05:30 AM

UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) telah memecat seorang kakitangan akademik disebabkan salah laku seksual selepas satu aduan tanpa nama dihantar kepada universiti itu pada Ogos lalu.

Ia mendakwa bahawa Profesor Theodore G. Hopf, profesor kerusi provos jabatan sains politik di Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan (FASS), telah mengganggu seorang penuntut secara seksual, kata NUS dalam kenyataannya semalam.

Siasatan dijalankan dengan segera, dengan satu Arahan Jangan Berhubung diberikan kepada Profesor Hopf pada 15 September lalu selepas wawancara diadakan bersama penuntut dan profesor itu.

Arahan itu melarang Profesor Hopf daripada menghubungi mana-mana penuntut NUS, dan dia kemudian digantung kerja dan diarah agar tidak datang ke kampus sementara siasatan dijalankan.

Satu Jawatankuasa Siasatan (COI) kemudian dilantik pada 7 Oktober lalu. COI itu mewawancara pelajar itu, yang ditemani seorang pegawai jagaan Unit Penjagaan Mangsa (VCU) NUS, pada 21 Oktober.

Oleh sebab Profesor Hopf perlu mendapatkan rawatan bagi masalah perubatan yang serius, dia diwawancara COI pada 13 November selepas kembali daripada cuti sakit.

COI itu mengakhiri siasatannya dan menyerahkan laporannya kepada NUS pada 18 November lalu.

Ia menentukan bahawa Profesor Hopf "gagal bertindak dengan tatasusila, sikap hormat, dan kesopanan" yang diharapkan daripada seorang kakitangan universiti.

Profesor Hopf telah mengganggu penuntut itu secara seksual dalam bentuk fizikal, lisan dan penulisan.

Antaranya, dalam dapatan COI itu, Profesor Hopf mengaku telah membuat komen menyinggung tentang beberapa bahagian tertentu tubuh penuntut itu.

Kejadian itu berlaku pada Ogos lalu dalam satu pertemuan antara penuntut itu dengan Profesor Hopf di kampus, di mana profesor itu menawarkan dan minum alkohol bersama penuntut itu.

COI itu mendapati bahawa perbuatan minum alkohol di tempat kerja dan membuat komen yang menyinggung melanggar Tatakelakuan Kakitangan NUS .

"Kelakuannya adalah pelanggaran serius terhadap Tatakelakuan Kakitangan NUS. Disebabkan kesalahan serius itu, NUS memecat Profesor Hopf pada 1 Disember 2020," kata NUS.

Universiti itu telah membuat laporan polis pada 27 November lalu selepas memaklumkan kepada penuntut itu bahawa mereka akan melakukannya sejajar dengan kewajipan undang-undangnya.

VCU dan FASS telah menyediakan jagaan dan sokongan kepada penuntut itu sejak dakwaan tersebut kali pertama dikemukakan kepada NUS, dan akan terus melakukannya.

NUS berkata terdapat garis panduan ketat berkaitan tingkah laku peribadi dan profesional, dan khususnya, universiti itu tiada toleransi bagi salah laku seksual oleh kakitangan.

"Sekatan disiplin dikenakan bagi setiap pelanggaran, termasuk pemecatan bagi kakitangan bersalah bagi pelanggaran serius.

"Kami akan terus mematuhi standard tingkah laku profesional dan peribadi yang tinggi. Sebagai sebuah masyarakat, kami - kakitangan, penuntut dan pihak berkepentingan - akan bekerjasama untuk membina sebuah budaya saling menghormati satu sama lain," kata NUS.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3