Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Profesor SMU warga S'pura pertama terima anugerah psikologi berprestij

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



PROFESOR dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) menjadi warga Asia dan Singapura pertama yang menerima anugerah berprestij daripada persatuan ahli psikologi profesional terkemuka dunia.



Profesor David Chan, pengarah Institut Sains Tingkah Laku dan profesor psikologi di SMU, telah diiktiraf dengan Anugerah Raymond Katzell dari Persatuan bagi Psikologi Perusahaan dan Pertubuhan.



Anugerah tahunan itu disampaikan kepada mereka yang mempamerkan nilai dan peri penting kerja yang dilakukan dalam industri dan pertubuhan psikologi dalam menangani isu sosial.



Profesor Chan, 56 tahun, yang telah meluangkan tiga dekad dalam penyelidikan psikologi, diiktiraf atas sumbangan saintifik dan praktikal sepanjang kerjayanya.



Jawatankuasa anugerah itu juga mengetengahkan sumbangan masyarakatnya dalam menguruskan wabak Covid-19.



Khususnya, ia mengetengahkan buku yang diterbitkan pada 2020, Combating A Crisis, yang menerangkan psikologi tindak balas Singapura terhadap Covid-19, sebagai contoh jelas menggunakan sains untuk menangani isu sosial dan menyelesaikan masalah praktikal untuk penggubal dasar, organisasi dan orang ramai.



Profesor Chan berkata impak terbesar tulisannya terhadap Covid-19, yang turut merangkumi satu siri lima artikel untuk akhbar The Straits Times (ST) di bawah siri 'By Invitation' pada 2020, adalah untuk menekankan pentingnya kepercayaan orang ramai dalam mengawal wabak.



"Dengan dasar seperti penggunaan TraceTogether, kepercayaan orang ramai menjadi sangat penting... bukan sahaja untuk mengetahui dan menghargainya, tetapi juga untuk terus mengusahakan dasar untuk mengekalkan kepercayaan itu," katanya, dalam laporan ST.



Persatuan bagi Psikologi Perusahaan dan Pertubuhan yang mempunyai lebih daripada 10,000 anggota, merupakan organisasi bagi ahli psikologi perusahaan dan pertubuhan terbesar dunia, kata SMU dalam satu kenyataan pada 3 Januari.



Ia memberi tumpuan kepada kajian saintifik tentang bekerja dan aplikasi sains itu kepada isu tempat kerja yang dihadapi oleh individu, pasukan dan organisasi, seperti perancangan tenaga kerja, pemilihan pekerja dan motivasi kerja.



Profesor Chan mengakui berbesar hati menerima anugerah itu yang disifatkannya sebagai petanda baik bahawa hasil kerja rakyat Singapura dan Asia diiktiraf.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >