Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Profesor Tan Tai Yong dilantik selaku Presiden SUSS

Jul 19, 2022 | 02:37 PM



UNIVERSITI Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) akan diterajui presiden baru mulai 1 Januari 2023.



Profesor Tan Tai Yong, 61 tahun, akan mengambil-alih daripada presiden pengasas, Profesor Cheong Hee Kiat, 68 tahun, yang menerajui kepimpinan di universiti itu sejak 2005.



Dalam satu kenyataan pada Selasa (19 Julai), SUSS berkata:



"Di bawah kepimpinan Profesor Cheong sepanjang 17 tahun lalu, universiti ini telah berkembang secara beransur-ansur (daripada 1,500 pelajar kepada lebih 17,000 pelajar hari ini) dalam memenuhi misi sosialnya sebagai sebuah universiti yang berkhidmat kepada warga Singapura.



"Nyala rasanya bagi pembelajaran sepanjang hayat dan melakukan bakti menerusi usaha menjadikan pendidikan itu mudah diakses individu daripada pelbagai latar belakang hampir sinonim dengan kisah pertumbuhan SUSS."



Profesor Tan yang menggantikannya, sebelum ini, adalah presiden dan profesor kemanusiaan (sejarah) di Maktab Yale-NUS.



Beliau memainkan peranan aktif dalam mencorak program akademik maktab ini termasuk kurikulum asas dan menyepadukan kehidupan akademik dan kediaman.



Beliau juga memegang beberapa jawatan kepimpinan dan penasihat bersama Universiti Nasional Singapura dan beberapa pertubuhan kebudayaan, sejarah dan kajian.



Profesor Tan yang menerima ijazah kedoktoran daripada Universiti Cambridge juga adalah pengerusi kehormat di Muzium Negara Singapura dan pengerusi bersama Jawatankuasa Peringatan Pengasas.



Beliau adalah Anggota Parlimen Dilantik (NMP) dari 2014 hingga 2015, dan diberikan Pingat Pentadbiran Awam (Perak) pada 2009 serta Pingat Perkhidmatan Awam pada 2020.



Mengenai peranan barunya itu, Profesor Tan berkata: "Saya berbesar hati diberi peluang menjadi sebahagian daripada SUSS, universiti yang dibangunkan dengan matlamat dengan sejarah yang kaya dengan usaha menyediakan pembelajaran sepanjang hayat buat mereka yang ingin belajar daripada pelbagai lapisan hidup.



"Fokus universiti ini pada sains sosial gunaan dan pembelajaran sepanjang hayat adalah tunggak penting yang akan menunjukkan komitmen kita pada usaha mendalami pemahaman terhadap masyarakat, keperluan, cabaran dan peluang yang pesat berubah."



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >