Program Peningkatan Perkhidmatan Bas (BSEP) bernilai $1.1 bilion selesai dijalankan dengan sekitar 70 peratus atau 218 perkhidmatan bas mampu menampung lebih ramai penumpang.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong menandakan selesainya program itu hari ini dengan menaiki bas ke-1000 yang ditambah di bawah program lima tahun itu.
Bas perkhidmatan nombor 71 itu baru diperkenalkan di Ang Mo Kio hari ini, bagi memudahkan perjalanan penduduk ke Braddell, Bishan , dan Yio Chu Kang.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata masa paling lama menunggu bas telah berkurangan daripada 30 minit kepada 20 minit sebahagian BSEP, dan kepada 15 minit di bawah model bas kontrak.