Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program $23.5j bongkar kesan jangka panjang perubahan iklim ke atas SG

Jul 13, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH program bernilai $23.5 juta dilancarkan semalam untuk membongkar kesan jangka panjang perubahan iklim ke atas Singapura - dari kenaikan paras air laut hingga kebimbangan mengenai keselamatan makanan - dan untuk bantu membimbing dasar bagi menangani isu ini.



Program Penyelidikan Sains Kesan Iklim - yang diterajui Pusat Penyelidikan Iklim Singapura (CCRS) di bawah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) - akan memberi tumpuan terhadap lima bidang utama.



Ia adalah kenaikan paras air laut, pengurusan banjir dan sumber air, keselamatan makanan dan biodiversiti, tenaga dan kesihatan manusia, serta penyelidikan merentas bidang untuk merapatkan sains dan dasar.



Profesor Dale Barker, pengarah CCRS, berkata semalam bahawa program baru itu sebahagiannya akan menangani jurang yang timbul dari Program Paras Air Laut Nasional sedia ada bernilai $10 juta, yang dilancarkan pada 2019 untuk menangani jurang ilmu dalam perubahan paras air laut yang dahulu dan kini.



Beliau berucap di Sidang Paras Air Laut ketiga di bawah Program Penyelidikan Iklim Dunia, yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands dari semalam hingga 16 Julai.



Profesor Barker berkata program baru itu akan memperdalam penyelidikan mengenai kesan perubahan iklim di Singapura supaya dapat menghasilkan huraian praktikal untuk membimbing langkah penyesuaian yang mungkin oleh dilaksanakan.



Program baru ini menambah kepada pelaburan sedia ada negara ini dalam sains iklim, seperti program Sains Perubahan Iklim Marin bernilai $25 juta, yang mengkaji ekosistem dan habitat marin bagi mempertingkat daya tahannya terhadap perubahan iklim, lapor akhbar The Straits Times.



Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, yang juga berucap di acara tersebut semalam, berkata program itu akan membawa bersama penyelidikan dalam sains iklim dan memberi tumpuan ke arah jurang pengetahuan.



Cik Fu menukil laporan perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini yang mendapati bahawa dalam senario paling teruk, lebih 30 peratus kawasan ternakan dan tanaman global boleh menjadi tidak sesuai dari segi iklim menjelang 2100.



"Dengan mengurangkan skala unjuran iklim global dan menghasilkan model angin, hujan dan suhu setempat, resolusi tinggi, kita boleh menilai kesan perubahan iklim ke atas hasil akuakultur dan tanaman setempat dengan lebih baik," tambahnya.



Ini boleh melibatkan pembangunan pelbagai tanaman yang berdaya tahan terhadap iklim atau pemilihan kawasan laut yang mempunyai keadaan habitat lebih sesuai buat akuakultur, katanya.



Program Penyelidikan Sains Kesan Iklim akan dibiayai di bawah rancangan RIE (Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan) 2025 Singapura, dan tidak lama lagi akan memulakan undangan geran bagi pelbagai projek penyelidikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >