Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program anjuran Politeknik Temasek, inisiatif setempat galak tempat kerja lebih inklusif

Jun 02, 2022 | 05:30 AM



SEJAK kecil, Nur Sabrina Suhaimi mengalami masalah ketidakupayaan tubuh yang disebut 'Charcot-Marie-Tooth', menyebabkan anggota badannya lemah.



Keadaan itu menyebabkannya susah melakukan kegiatan harian biasa seperti menaiki tangga atau pengangkutan awam.



Namun, keadaan itu tidak menghalangnya daripada mengejar pelbagai peluang seperti mendapat kerja.



Cik Nur Sabrina, 21 tahun, adalah antara para pelajar tubuh kurang upaya dan mempunyai keperluan pendidikan khas, yang telah menerima bimbingan dan latihan daripada Program Pemacu Bakat (TAP).



Program tersebut dianjurkan oleh Politeknik Temasek (TP) dan TomoWork, sebuah inisiatif yang memberi fokus kepada membina tempat kerja yang lebih inklusif kepada orang kurang upaya dan berkeperluan khas.



Mengimbas pengalamannya di TAP tahun lepas, Cik Sabrina berkata:



"Kumpulan saya bekerjasama dengan syarikat Certis untuk membina robot interaktif yang boleh bergerak di dalam pusat beli-belah. Ini supaya orang yang susah bergerak boleh mendapat informasi dengan lebih mudah."



Tahun ini merupakan tahun kedua TAP dianjurkan dan terdapat pelbagai peningkatan bagi para pesertanya.



Seramai 19 para pelajar dari lima politeknik di Singapura melalui latihan intensif dengan pelbagai syarikat rakan kongsi selama 12 minggu. Ini termasuk ceramah tentang pelbagai industri, latihan meningkatkan kemahiran dan sesi bimbingan bersama beberapa profesional industri.



TAP mempunyai 14 syarikat rakan kongsi pada tahun ini -- tambahan tiga lagi rakan kongsi berbanding tahun lepas.



Pengetua dan ketua pegawai eksekutif TP, Encik Peter Lam, berkata: "Kami sangat gembira dengan program ini kerana ia menggalakkan keterangkuman yang lebih besar di tempat kerja dan pembelajaran dunia sebenar melalui pengalaman langsung."



Para peserta TAP dan syarikat-syarikat rakan kongsi tahun ini seperti FoodPanda, Sembcorp dan Unilever berkongsi kemajuan mereka di sebuah program di TP semalam dengan mereka menyimpulkan pengalaman selepas 12 minggu.



Satu kumpulan yang bekerjasama dengan FoodPanda meningkatkan aplikasi mereka untuk memudahkan proses tempahan dan pengumpulan makanan buat individu kurang upaya dari segi daya penglihatan.



Golongan ini boleh menempah makanan di aplikasi FoodPanda dengan menggunakan suara mereka sahaja.



Tetamu terhormat program itu, Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua, berkata sumbangan para peserta TAP amat penting bagi masa depan Singapura.



Beliau berkata: "Akan ada lebih ramai warga emas di Singapura.



Walaupun pengetahuan yang dibentangkan oleh para pelajar di program ini ini fokus kepada golongan kurang upaya, ia juga boleh membantu golongan warga emas."



Ketua pegawai eksekutif TomoWork, Encik Mike Momota, berharap TAP dapat berkembang dalam masa depan.



"Kini TomoWork dalam proses mengembangkan tenaga kerja kami. Saya harap kita dapat menawarkan program ini kepada lebih ramai pelajar kurang upaya," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >