Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program 'artificial intelligence' baru dilancar

May 03, 2017 | 10:07 AM



Program nasional baru untuk meningkatkan keupayaan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) di Singapura telah dilancarkan pada Rabu (3 Mei).

Antara objektif AI.SG adalah untuk menggunakan AI dalam menangani cabaran yang menjejas masyarakat serta industri, contohnya masalah jagaan kesihatan akan datang dengan bertambahnya bilangan warga tua di Singapura.

Program tersebut merupakan inisiatif yang didorong oleh kerjasama agensi-agensi pemerintah yang terdiri daripada Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF), Negara Bijak (Smart Nation), Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO), Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), Penguasa Pembangunan Infokom Media Singapura (IMDA), SGInnovate, dan Sistem Maklumat Kesihatan Bersepadu (IHiS).

Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim telah mengumumkan pelancaran program tersebut semasa majlis pembukaan Innovfest Unbound, sebuah acara yang memaparkan inovasi Asia, di Marina Bay Sands.

Dr Yaacob juga telah mengumumkan pelancaran Konsortium Sains Data Singapura, satu kerjasama nasional yang bertujuan untuk meningkatkan lagi keupayaan Singapura dalam sains data dan analitik.

Konsortium tersebut akan mengukuhkan hubungan kerjasama penyelidikan antara institusi pengajian tinggi, institusi penyelidikan dan industri dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains data.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >