Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BAHAS BELANJAWAN

Program Asas bantu pelajar Normal sesuaikan pengajian di politeknik

Mar 10, 2021 | 05:30 AM



LALUAN Program Asas Politeknik (PFP) menawarkan lebih masa untuk pelajar menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran di politeknik serta melengkapkan mereka dengan pelbagai kemahiran dan ilmu yang boleh dimanfaatkan sepanjang melalui kursus di politeknik.



Demikian pendapat Encik Zikry Mohammad Sauki, seorang pelajar Pengurusan Penerbangan daripada Politeknik Republik (RP) yang menambah, ilmu yang diraih semasa di tahun PFP, sangat bermanfaat buatnya sepanjang menuntut jurusan.



"Pada penggal PFP itu, saya didedah kepada modul pembelajaran asas yang memberi perhatian kepada kemahiran berkaitan industri dan pekerjaan dalam bidang pengurusan penerbangan ini.



"Modul seperti matematik kejuruteraan dan coding dalam bidang pengkomputeran semasa di PFP membuatnya mudah bagi saya menduduki modul khas jurusan saya seperti modul aerodinamik dan pendorongan serta Projek Tahun Terakhir (FYP) saya," kata pelajar tahun tiga berusia 21 tahun itu yang akan lulus April nanti.



Jelas Encik Zikry, pembelajaran matematik itu misalnya, tidak pula diajar sekiranya beliau memilih untuk menduduki lagi setahun sebagai pelajar Menengah Lima dalam aliran Normal Akademik (NA) kerana ilmu tersebut hanya ditawar bagi pelajar subjek A-matematik dan tidak ditawar pelajar aliran NA.



"Mungkin jika saya memasuki kursus ini selepas O Level di Menengah Lima, ia akan menjadi lebih susah untuk saya menyesuaikan diri dalam kursus ini berbanding menjalani PFP," tambahnya.



PFP merupakan sebuah program yang berlangsung setahun yang menawarkan pembelajaran asas kepada pelajar aliran NA Menengah Empat yang berpotensi untuk memulakan pembelajaran di politeknik lebih awal sebelum menuntut kursus-kursus yang tertentu.



Ini bermakna mereka akan langsung memasuki politeknik tanpa menduduki peperiksaan peringkat 'O' di peringkat Menengah Lima.



Dalam ucapannya semasa bahas Belanjawan baru-baru ini, Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman telah mengongsi bahawa pada 2019, PFP telah diperluas untuk mempersiap pelajar NA bagi kemasukan ke politeknik tertentu.



Sebagai persediaan kepada pelaksanaan Pengumpulan Berdasarkan Subjek (SBB) Penuh pada 2024, Dr Maliki berkata MOE sedang meninjau bagaimana PFP boleh memenuhi keperluan profil pelajar sekolah menengah yang lebih meluas, dengan kekuatan dan rentak pembelajaran yang berbeza.



Menurut kenyataan MOE, kementerian itu sedang meninjau bagaimana untuk memperluas PFP melebihi profil pelajar Normal (Akademik).



Peluasan kepada PFP juga akan terus memastikan pelajar yang mengikuti program ini dapat bertahan dengan tuntutan laluan posmenengah.



Antara lain, Encik Zikry berkata PFP memberinya lebih masa untuk menyertai aktiviti ko-korikular seperti kumpulan muzik Replug yang juga menawarkan peluang untuk menganjurkan pesta seni dan muzik di sekolah di tahun-tahun lebih awal di politeknik.



Beliau yang sekarang sedang memohon tempat di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dalam bidang Pengurusan Perniagaan, berkata, beliau sedar, pendedahannya dalam pelbagai aktiviti kokorikular amat bernilai semasa memohon untuk mendapatkan tempat di universiti.



Malah pada tahun satu dan kedua beliau di RP, Encik Zikry juga berjaya mendapatkan biasiswa atas penglibatannya dalam aktiviti berkenaan secara kerap.



Dalam pada itu, MOE juga sedang meninjau untuk meluaskan Program Kemasukan Bersama (CEP), di mana pelajar akan dapat meraih manfaat daripada pendedahan kepada pelbagai pilihan kursus dalam sesebuah kelompok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >