Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program bagi warga daftar dengan doktor keluarga: Ye Kung

Usaha SG ke arah alih tumpuan dari penjagaan penyakit di hospital kepada penjagaan cegah penyakit yang lebih berdaya tahan
Mar 10, 2022 | 05:30 AM



MULAI tahun depan, setiap penduduk akan diundang untuk daftar dengan doktor keluarga pilihan mereka sebagai barisan pertama bagi keperluan penjagaan kesihatan mereka.



Ini sedang Singapura mengalihkan tumpuannya daripada penjagaan hospital berdasarkan penyakit kepada penjagaan yang bertujuan mencegah penyakit, yang lebih berdaya tahan.



Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, menyifatkan usaha itu sebagai satu inisiatif penjagaan kesihatan yang besar, yang dinamakan Healthier SG.



Semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya semalam, Encik Ong berkata program itu mungkin akan bermula dengan penduduk berusia 40 tahun dan ke atas.



"Ketika itulah (orang ramai) mungkin mula mengalami penyakit kronik," ujarnya.



Lebih ramai penduduk akan disertakan dalam program itu secara bertahap selepas itu.



Penduduk akan didaftar berdasarkan tempat tinggal mereka. Kini, hampir sembilan daripada 10 penduduk berjumpa dengan doktor keluarga atau hospital dekat rumah mereka.



Bagaimanapun, orang ramai juga boleh memilih untuk mendaftar dengan doktor keluarga yang jauh dari rumah mereka, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).



Dan selepas mereka mendaftar, mereka boleh menukar doktor keluarga mereka jika perlu misalnya selepas berpindah rumah.



"Kajian menunjukkan bahawa mereka yang berjumpa dengan seorang doktor keluarga secara konsisten rata-ratanya lebih sihat dan tidak perlu kerap dimasukkan ke hospital serta berkunjung ke jabatan kecemasan (hospital).



"Ini kerana doktor itu dan pasukan penjagaannya kenal mereka dengan baik serta boleh mengesan tanda awal sebarang masalah dengan cepat dan tepat," ujar Encik Ong.



MOH menyifatkan program daftar dengan doktor keluarga itu sebagai langkah penting dalam strategi Healthier SG, yang bertujuan menangani cabaran penduduk yang kian menua serta mempertingkat hasil kesihatan penduduk.



Encik Ong berkata program itu juga akan diselaraskan oleh tiga kelompok penjagaan kesihatan yang akan bekerjasama dengan doktor keluarga dan rakan kerja lain dalam kawasan mereka untuk mendekati seberapa ramai penduduk yang boleh.



Setiap kelompok itu - yang menjaga hingga 1.5 juta penduduk setiap satu - akan menerima dana yang ditetapkan bagi setiap penduduk yang tinggal di kawasan di bawah bidang kuasa mereka.



Menurut MOH, model pembiayaan bagi kelompok penjagaan kesihatan ini akan bermula bulan depan.



Di Parlimen semalam, Encik Ong turut menarik perhatian bahawa terdapat tanda baik yang menunjukkan gelombang penularan Omicron telah mencapai puncaknya dan sudah mula berkurangan.



"Dengan ini, saya berharap pekerja penjagaan kesihatan akhirnya dapat berehat... tidak lama lagi," ujar beliau.



Semasa perbahasan COS bagi MOH semalam, kementerian itu turut mengumumkan pelbagai langkah yang akan diambil untuk mengurangkan pengambilan garam di kalangan penduduk serta langkah khusus untuk memperkukuh sokongan penjagaan kesihatan bagi kaum minoriti, termasuk masyarakat Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >