Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program bantu pekerja kekal kerja dengan kemahiran baru

MOM rancang perluas lagi program pertukaran karyawan, kata Josephine Teo
Jul 30, 2018 | 05:30 AM



USAHA akan dipergiatkan bagi membantu pekerja daripada diberhentikan dengan melengkapi mereka dengan kemahiran baru agar dapat dipindahkan ke tugas baru dalam syarikat sama, menurut Menteri Tenaga Manusia Cik Josephine Teo.



Dikenali sebagai Program Pertukaran Karyawan (PCP) Pemindahan Semula (Redeployment), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan bekerjasama dengan agensi ekonomi seperti Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) bagi membantu syarikat menjalani pelan rombakan agar mereka tidak mengambil keputusan memberhentikan pekerja.



Lima sektor di bawah inisiatif Adapt and Grow akan diberi tumpuan melaksanakan PCP itu iaitu infokom dan media; penjagaan kesihatan; dagangan borong, khidmat kewangan dan khidmat karyawan.



Cik Teo mengongsi bahawa sektor sekitaran binaan akan menjadi sektor keenam yang akan disertakan, yang akan diketuai Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



"Kita harus campur tangan sebelum syarikat berhentikan pekerja. Kita harus memandang ke hadapan memahami rancangan rombakan syarikat dan industri itu. Kita berharap campur tangan ini akan lebih berjaya sebelum pekerja berisiko itu diberhentikan,'' jelas Cik Teo, dalam temuramah dengan wartawan setempat di Careers Connect, Institut Pembelajaran Hayat (LLI), minggu lalu bagi menggariskan tumpuan kementeriannya menjelang 100 hari beliau menjadi Menteri Tenaga Manusia sejak 1 Mei lalu.



Menukil contoh bank OCBC, beliau berkata bank itu tidak memberhentikan juruwang walaupun ingin mengurangkan separuh jawatan itu setelah memperkenalkan kios khidmat digital dan digital baru. Sebaliknya, bank itu melatih semula juruwang dan memindahkan mereka menjadi duta digital cawangan bank dan eksekutif khidmat.



Di bawah PCP Perbankan Pengguna, 3,000 karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) seperti juruwang dan pegawai operasi akan dilatih semula menjelang dua tahun mendatang agar mereka dapat dipindahkan menjalani tugas baru seperti pengurusan hubungan dan pemasaran digital.



Beliau berkata sektor sekitaran binaan mempunyai potensi kukuh mewujudkan pekerjaan bagi PMET dalam bidang baru seperti Modeling Maklumat Binaan (BIM) dan Rekaan bagi Pengilangan dan Pemasangan (DFMA) sejajar bidang seni bina dan kejuruteraan.



Memberikan gambaran pasaran buruh ketika ini, Cik Teo berkata pekerjaan tumbuh sejak dua tahun lalu, kadar pengangguran adalah rendah dari setahun lalu dan pengangguran terendah sejak beberapa tahun lalu.



"Walaupun pasaran buruh positif, keprihatinan paling utama saya ialah membantu rakyat Singapura mengekalkan pekerjaan mereka,'' ujarnya.



Apabila rentak penyusunan semula semakin pesat, beliau bimbang lebih ramai yang akan diberhentikan. Untuk itu, ekonomi negara harus terus mewujudkan pekerjaan yang baik dan membantu rakyat Singapura mendapatkan pekerjaan itu.



Melalui Adapt and Grow, 25,000 individu dibantu mencari pekerjaan tahun lalu, 20 peratus lebih tinggi dari 2016.



Daripada jumlah itu, 40 peratus mempunyai calon pekerja yang mempunyai bentuk ketidaksepadanan, misalnya, kemahiran.



Cik Teo juga mengongsi salah satu tumpuan kementeriannya ialah membantu masalah ketidaksepadanan antara pekerjaan dengan kemahiran pekerja.



Bagi mengurangkan jurang itu, satu program diperkenalkan ialah PCP, yang dimanfaatkan hampir 3,800 PMET tahun lalu, membolehkan mereka berpindah ke pekerjaan atau sektor baru.



Dalam pada itu, Cik Teo berkata pindaan Akta Pekerjaan (AE) diharap dapat diluluskan di Parlimen sebelum akhir tahun ini.



Beliau berkata pindaan itu akan memberikan perlindungan asas lebih luas bagi lebih ramai pekerja serta skop perlindungan diluaskan bagi pekerja berisiko.



Laporan lain: Kumpulan kerja peringkat tinggi teliti isu pekerja berusia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >