Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program bantu pekerja matang dapat kerja berkaitan teknologi diperkenal

Mar 04, 2020 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah mengumumkan satu program baru yang bertujuan membantu warga Singapura berusia 40 tahun dan ke atas merebut peluang pekerjaan berkaitan teknologi.



Berucap di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan S. Iswaran berkata program Peningkatan Kemahiran Pertengahan Kerjaya Pemacu Kemahiran Teknologi (TeSA) itu bertujuan mengurangkan hambatan yang dihadapi pekerja matang daripada meraih manfaat hasil peluang yang diwujudkan dalam sektor teknologi.



Encik Iswaran berkata demikian semasa menjawab pertanyaan beberapa Anggota Parlimen termasuk Cik Tin Pei Ling (MacPherson) dan Encik Ong Teng Koon (GRC Marsiling-Yew Tee) yang ingin tahu apakah usaha yang dijalankan pemerintah untuk membantu pekerja, khususnya pekerja matang, membangunkan kemahiran yang diperlukan bagi ekonomi digital.



Di bawah program yang dirintiskan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) itu, pemerintah akan membantu syarikat mengambil dan melatih karyawan pertengahan kerjaya bagi pekerjaan berkaitan teknologi, sama ada mereka mempunyai latar belakang dalam teknologi infokom (ICT) atau tidak.



Syarikat yang menyertai program ini boleh meraih manfaat daripada jumlah bakat setempat yang lebih besar serta subsidi pemerintah untuk mengimbangi sebahagian kos latihan dan gaji peserta sepanjang latihannya.



Sementara itu, pekerja pertengahan kerjaya itu pula boleh mendapatkan pekerjaan dalam sektor pertumbuhan sementara mendapat pendedahan, latihan dan bimbingan sehingga dua tahun.



Encik Iswaran berkata pemerintah telah memperuntuk $70 juta bagi program ini.



Sebanyak 10 syarikat telah menyertainya sejauh ini, termasuk Accenture Pte Ltd, DBS Bank Ltd, Integrated Health Information Systems (IHiS), Singapore Airlines, Singapore Telecommunications Limited dan ST Engineering. Syarikat ini telah mengenal pasti 500 peluang pekerjaan teknologi dalam pelbagai peranan termasuk penganalisa data, jurutera keselamatan siber, jurutera pengkomputeran awan, penganalisa perniagaan, pengurus projek dan pakar penjualan.



Sepanjang dua hingga tiga tahun akan datang, Encik Iswaran berkata lagi 2,000 warga Singapura dijangka dapat meraih manfaat daripada program itu.



"Kami ingin memberi tumpuan khas kepada pekerja pertengahan kerjaya ini, yang kebanyakannya berusia 40-an serta 50-an tahun, dan sangat merasakan ketidakpastian dek gangguan teknologi.



"Namun, mereka juga boleh meraih manfaat daripada pekerjaan baru yang diwujudkan sekiranya ada peluang dan mereka pula mempunyai kemahiran yang diperlukan," ujarnya.



Selain program Peningkatan Kemahiran Pertengahan Kerjaya, program lain di bawah TeSA termasuk Program Penukaran Profesional (PCP), program Penempatan Pekerjaan Dalam Bidang Teknologi (TIPP) dan Program Sumber Teknologi Infokom Penting (CITREP+).



Sejak April 2016, daya usaha TeSA ini telah menyediakan hampir 100,000 tempat latihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >