Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program bantu pesalah keganasan keluarga diperluas

Faishal: Home Team CARES perboleh lebih ramai yang terjejas didekati
Jan 22, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH program yang bertujuan membantu pesalah kes keganasan dalam keluarga dengan lebih mendalam akan diperluas untuk merangkumi mangsa dan ahli keluarga lain.



Program bantuan masyarakat dan skim rujukan di bawah Home Team CARES (HT CARES) itu antara lain bertujuan memahami punca keganasan dalam keluarga dan merujuk pesalah kepada perkhidmatan sosial sesuai.



Mengumumkan perkembangan itu semalam, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata peluasan perkhidmatan itu antara lain akan membolehkan pasukannya terus mendekati lebih ramai anggota masyarakat terjejas akibat keganasan keluarga.



Selain itu, ia memberi mereka peluang menawarkan bantuan menyeluruh kepada keluarga terlibat dalam kejadian tersebut, kata Dr Faishal, yang juga pengerusi bersama pasukan petugas keganasan keluarga.



"Keganasan keluarga merupakan isu yang harus kita tangani bersama," ujar beliau, yang berkata HT Cares telah banyak membantu pihaknya mendekati pesalah.



"Dengan perkembangan perkhidmatan ini, kita dapat terus bekerjasama dengan agensi-agensi lain dan berusaha menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan," kata Dr Faishal, bercakap kepada media semasa mengadakan lawatan ke Divisyen Polis Bedok semalam.



Buat masa ini, program HT CARES hanya ditawarkan di divisyen tersebut, tetapi ia akan diperluas ke enam lagi divisyen polis tahun ini.



Tahun lalu, Dr Faishal melahirkan keprihatinannya mengenai keganasan dalam keluarga yang mungkin meningkat semasa tempoh pemutus litar jangkitan Covid-19, apabila ramai pekerja bekerja dari rumah.



Polis menerima 5,135 laporan berhubung kes keganasan dalam keluarga dan merujuk 1,115 kes kepada pusat khidmat keluarga (FSC) atau Pusat Pakar Keganasan Keluarga (FVSC) tahun lalu.



Sejak HT CARES dimulakan pada Januari 2019, polis telah merujuk 218 pesalah kepada pegawai CARES.



Ditanya mengenai kesan program HT CARES itu, Dr Faishal berkata masih terlalu awal untuk menilainya.



Namun, beliau berkata maklum balas dan cadangan yang diperolehi akan dikemukakan kepada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada April.



Komander Divisyen Polis Bedok, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Julius Lim, berkata polis telah memperkuat protokol apabila memberi respons kepada kes keganasan keluarga, termasuk memberi sokongan dari sudut sosial kepada mangsa.



"Apabila keganasan dilaporkan, pegawai kami akan memastikan keperluan mangsa dan mengenal pasti bantuan yang diperlukan.



"Namun, sekiranya mereka memerlukan sokongan tambahan, kami akan merujuk mangsa kepada FSC atau FVSC," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >