Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah menukar kerjaya dan menyertai bidang yang berbeza tentunya bukan mudah bagi seseorang yang sudah menghabiskan beberapa tahun dalam bidang yang lain. Namun dengan pelbagai sokongan yang ditawarkan, Encik Ahmad Zahiri Mohamed Hassan berjayamengatasi

Program bantu tukar kerjaya jurutera ke keselamatan siber

Jan 25, 2020 | 05:00 AM



APABILA beliau ingin menyertai bidang keselamatan siber selepas menghabiskan dua tahun dalam sektor kejuruteraan, Encik Ahmad Zahiri Mohamed Hassan berdepan dengan sedikit rintangan kerana tidak memiliki kelayakan yang diperlukan.



Mujur, peluang meraih pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan itu muncul bagi Encik Ahmad Zahiri, 30 tahun, apabila beliau memutuskan menyertai Program Bekerja Sambil Berlatih (AnT) bagi Pembangun Sofwe Keselamatan Siber di bawah Program Penukaran Profesional (PCP) September lalu.



Program yang berlangsung selama sembilan bulan itu disampaikan oleh Tenaga Kerja Singapura (WSG), Institut Teknologi DigiPen Singapura serta beberapa syarikat yang turut bekerjasama.



Didorong tekad menyertai sektor baru itu, lulusan kejuruteraan mekanikal dari Universiti Newcastle tersebut meninggalkan pekerjaannya sebagai jurutera di sebuah syarikat perkilangan elektronik.



“Saya ada pilihan mengikuti kursus di institut pengajian tinggi dalam bidang keselamatan siber ini tapi ini akan memakan masa yang lama, sekitar dua tahun. Ini juga bermakna saya perlu berhenti kerja, pinjam wang bagi pengajian saya dan tiada sumber pendapatan langsung sepanjang belajar.



“Jadi saya bersyukur ada program seperti PCP ini yang bukan saja mengambil masa lebih pendek tapi juga terus menyokong saya menerusi elaun latihan bulanan yang ditawarkan sepanjang sembilan bulan program ini,” ujarnya.



Pemerintah menawarkan sokongan gaji dan subsidi yuran kursus bagi peserta PCP, namun dengan had pada pembiayaan.



Bagi Encik Ahmad Zahiri, ini antara faktor yang penting baginya kerana ini membolehkan beliau menumpukan perhatian sepenuhnya pada latihan tanpa perlu bimbang tentang kos yang perlu ditanggung.



“Sokongan yang saya terima itu memudahkan saya mengambil keputusan menukar kerjaya ke sektor lain yang saya lebih minati,” ujar anak pasangan jurutera dan suri rumah itu.



Meskipun akui program latihan yang sedang dijalaninya itu amat intensif, lebih-lebih lagi kerana latar belakangnya dalam bidang yang berbeza, beliau tetap cekal kerana hendak menyumbang kepada pertahanan siber Singapura pada masa akan datang.



Tambahnya, rakan sekursus dan tenaga pengajar juga banyak membantu satu sama lain.



Oleh kerana serangan siber kini boleh menjejas sesiapa sahaja, Encik Ahmad Zahiri berkata beliau yakin kemahiran seperti penggunaan mesin yang dipelajarinya berupaya meramal serangan dan virus yang boleh muncul pada masa akan datang. Ini dapat membantu mencegah serangan dan virus itu awal.



Beliau juga amat bersyukur terdapat PCP baru yang terus dilancarkan untuk mempersiap warga Singapura menyertai sektor baru seperti rangkaian blok, sofwe komputer bagi mengawal mesin dan pemasangan komponen binaan selain keselamatan siber.



“Semasa saya belajar di universiti dahulu, kursus seperti keselamatan siber ini belum ada, jadi program ini membolehkan saya memasuki bidang yang tidak wujud dan tidak diajar di universiti dahulu, namun amat penting dan relevan sekarang,” katanya.



Encik Ahmad Zahiri juga bakal menyertai syarikat Fujitsu sebagai pembangun keselamatan siber sebagai sebahagian PCP yang disertainya itu.



Tambahnya, kemahiran dan pengetahuan yang diraihnya menerusi program tersebut kini membuatnya rasa lebih yakin mendalami ilmu dalam bidang itu untuk memahami pelbagai aspek keselamatan siber pada masa akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >