Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program bantuan kerjaya baru bagi karyawan ICT

Oct 21, 2016 | 02:29 PM



KARYAWAN sektor teknologi infokomunikasi (ICT) dan mereka yang ingin menyertainya akan mempunyai lebih banyak bantuan kerjaya, dengan dua program baru dilancarkan pada Jumaat (21 Okt).

Ia sebahagian daripada usaha memadankan dengan lebih orang dengan peluang yang semakin meningkat dalam sektor ini, dengan bilangan pekerjaan berkaitan ICT kosong dalam pelbagai industri meningkat 38 peratus dari 2014 mencecah 20,000 pada 2015.

Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say mengumumkan inisiatif itu di sebuah acara kerjaya di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat di Paya Lebar.

Sedang teknologi berkembang dan lebih banyak pekerjaan muncul dalam sektor ICT, akan semakin sukar bagi pencari kerja dan karyawan sedia ada mengesan di mana dan bagaimana mencari pekerjaan sesuai, kata Encik Lim.

"Pekerjaan ada, pencari kerja ada, tetapi kedua-duanya mungkin selalu berselisih satu sama lain seperti dua kapal berselisih satu sama lain dalam gelap," katanya.

Untuk memberi pemadanan lebih baik, inisiatif baru pertama akan menyelaras sokongan oleh agensi pemerintah, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persatuan Komputer Singapura (SCS) melalui pusat kerjaya fizikal, pameran kerjaya fizikal dan maya dan juga mentor.

Inisiatif Perkhidmatan Kerjaya Bersepadu TechSkills Accelerator (TeSA) ini diadakan di bawah inisiatif TeSA yang diumum dalam Belanjawan tahun ini.

Di bawah program ini, pencari kerja serta karyawan ICT sedia ada boleh mendapatkan bantuan di Tenaga Kerja Singapura, Institut Pekerjaan dan kebolehgajian Pusat U PME NTUC.

Pencari kerja juga boleh mendapatkan mentor dan nasihat mengenai latihan dan peluang pekerjaan melalui program baru oleh SCS yang dinamakan Kompas Kerjaya SCS.

Lebih 100 pakar industri telah menawarkan diri untuk menjadi mentor mereka yang berminat memasuki atau maju dalam kerjaya ICT dan membantu mereka mengikuti perubahan dalam industri.

ICT sektor pertama melancarkan perkhidmatan ini sebagai sebahagian daripada Program Penasihat Kerjaya SkillsFuture, iaitu program baru kedua yang dilancarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >