Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program baru bagi pelajar alami kededua autisme, ketidakupayaan intelektual

Program yang baru dilancar bertujuan tambah sokongan, tingkat pembelajaran serta pembangunan pelajar serupa itu
Aug 05, 2022 | 05:30 AM



DENGAN bilangan pelajar yang mengalami masalah spektrum autisme dengan ketidakupayaan intelektual (ASD-ID) yang semakin meningkat, sebuah program khas bagi memenuhi keperluan pelajar sedemikian telah dilancarkan.



Semalam, Program ASD-ID Perdana Persatuan Golongan Kurang Daya Intelek Singapura (Minds) telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing di Sekolah Fernvale Gardens (FGS).



Program tersebut bertujuan menambah sokongan dan meningkatkan pembelajaran serta pembangunan pelajar ASD-ID.



Ia merangkumi kurikulum yang disesuaikan bagi pelajar ASD-ID berusia tujuh hingga 18 tahun, dengan memberi tumpuan kepada minat dan keperluan pembelajaran masing-masing pelajar.



Melalui program itu, pelajar yang terlibat akan diajar tabiat belajar, kemahiran sosial dan membangunkan kemahiran pemikiran kritikal agar dapat lebih menyesuaikan diri dengan persekitaran dan menjadi lebih berdikari.



Kemahiran sosioemosional dan kecekapan kepimpinan juga akan diterapkan dalam program tersebut, yang dibangunkan FGS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (MOE).



Sebagai sebahagian program itu, kemudahan baru, Infinite@FGS juga telah dilancarkan di sekolah tersebut semalam untuk memberi ruang pelajar mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari.



Infinite@FGS mengandungi kafe dan ruang jualan di mana pelajar boleh berlatih sebagai barista dan pelayan.



Menjelaskan lebih lanjut, Pengetua FGS, Encik Matthew Ou berkata, pelajar akan didedahkan kepada pelbagai bidang minat - dari seni, sukan, kulinari, fesyen dan multimedia - sejak mereka berusia tujuh hingga sembilan tahun.



Dari situ, minat mereka dalam bidang-bidang tertentu akan diperhati.



Apabila mereka melangkah ke tahap lebih dewasa pula, iaitu dari usia 13 hingga 18 tahun, para pelajar ini akan memberi fokus kepada satu atau dua bidang minat yang akan diintegrasikan dengan pembelajaran numerasi, komunikasi, kemahiran sosioemosional dan kehidupan harian mereka.



Encik Ou menambah bahawa program ASD-ID itu juga memberi penekanan terhadap pembelajaran secara berkumpulan yang memberi pelajar peluang meningkatkan interaksi sosial mereka.



Dirintis di FGS sejak September tahun lalu, program ASD-ID itu telah membuahkan hasil yang sangat positif.



Kata Encik Ou:



"Dalam penilaian kami, kami beri perhatian kepada lima bahagian, dan 91 peratus pelajar kami telah menunjukkan peningkatan dalam sekurang-kurangnya satu bahagian kemahiran.



"Kemahiran-kemahiran ini termasuk kerjasama, tekad, penjanaan idea, penyelidikan dan penilaian."



Beliau menambah bahawa program itu akan diperkenal di keempat-empat sekolah Minds secara berperingkat bermula Januari tahun depan.



Dalam pada itu, selain pelancaran program ASD-ID, Pusat Jagaan Pelajar Istimewa (SSCC) Minds Raintree kedua juga telah dilancarkan di FGS semalam.



Ini bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan ibu bapa pelajar berkeperluan khas bagi penjagaan sebelum atau selepas sekolah.



SSCC pertama dibangunkan di Sekolah Woodlands Gardens Minds pada 2019, dan terdapat rancangan mewujudkan SSCC di kesemua sekolah Minds dalam tempoh lima tahun akan datang.




"Dalam penilaian kami, kami beri perhatian kepada lima bahagian, dan 91 peratus pelajar kami telah menunjukkan peningkatan dalam sekurang-kurangnya satu bahagian kemahiran. Kemahiran-kemahiran ini termasuk kerjasama, tekad, penjanaan idea, penyelidikan dan penilaian."



- Pengetua Sekolah Fernvale Gardens (FGS), Encik Matthew Ou, mengenai hasil positif program pelajar dengan masalah spektrum autisme dengan ketidakupayaan intelektual (ASD-ID) yang dirintis sejak September lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >