Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program baru cegah, tangguh demensia dilancar

Aug 29, 2019 | 05:14 PM



SATU program yang bertujuan mencegah atau menangguhkan permulaan demensia di kalangan pesakit strok dilancarkan pada Khamis (29 Ogos).



Program itu kini diperluas, selepas program perintisnya membuahkan hasil positif. 



Fasa perintis Program Rehabilitasi Yayasan Temasek-Program Pemulihan Memori Strok NNI (SMaRT) yang dikenalkan pada 2017 telah dimanfaati oleh sekitar 200 pesakit.



Program perintis yang dijalankan menunjukkan pesakit strok kini mempunyai ingatan lebih baik dan mendapati lebih mudah untuk menjalankan kegiatan seharian.



Kenyataan ini disokong penemuan terbaru oleh Institut Neurosains Nasional (NNI), yang menunjukkan bahawa penyakit vaskular, seperti masalah tekanan darah tinggi dan kencing manis, meningkatkan risiko gangguan kognitif dan demensia di kalangan orang Asia. 



Singapura merupakan antara negara yang mempunyai kadar strok tertinggi di dunia, dengan jumlahnya mencecah lebih 7,000 pesakit baru dalam setahun. 



Terdapat 82,000 warga Singapura yang mengalami penyakit demensia pada masa ini, namun jumlah ini dianggarkan meningkat kepada 100,000 menjelang 2030.



Menteri Negara Kanan untuk Kesihatan, Dr Amy Khor, yang telah melancarkan program tersebut, menekankan betapa pentingnya untuk meningkatkan kesedaran terhadap demensia, dan menambahkan sokongan bagi mereka yang mengalami penyakit sedemikian, serta untuk penjaga mereka.



Di kalangan pesakit yang telah mengikuti program SMaRT tersebut, hampir 60 peratus melaporkan telah mengalami peningkatan yang ketara dalam daya perancangan mereka, dan kini mampu melakukan aktiviti kehidupan seharian tanpa sebarang bantuan.



Program SMaRT ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pesakit untuk melambatkan proses demensia, dengan melakukan aktiviti yang meningkatkan daya kognisi mereka.



NNI kini bekerjasama dengan lima pusat penjagaan warga tua - termasuk St Luke's ElderCare dan AWWA - untuk menawarkan program SMaRT, sepanjang lapan minggu ini, kepada 1,000 peserta pada 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >