EKONOMI & KERJA
Program baru latih semula, kekal pekerja industri perabot
Inisiatif SFIC beri tumpuan pada pendigitalan, seni rekaan untuk lengkapi pekerja dengan kemahiran digital dan rekaan baru yang relevan
Mar 22, 2020 | 05:30 AM
MAJLIS Industri Perabot Singapura (SFIC) telah memperkenal program baru yang akan melatih semula dan mengekalkan pekerja dalam industri perabot pada waktu ketidaktentuan ekonomi ini.
Program ini, yang dibuka kepada warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR), bertujuan mempertingkat kemahiran mereka atau memberi mereka peluang memperolehi kemahiran baru.