Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2022: USAHA BANTU PEKERJA TINGKAT KEMAHIRAN, RAIH GAJI TINGGI

Program baru sedia kursus latihan mutu tinggi, tertumpu industri bagi individu pertengahan kerjaya

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH Program Peralihan Kerjaya SkillsFuture (SCTP) baru akan diperkenal untuk menyediakan kursus latihan bermutu tinggi dan bertumpukan industri buat individu pertengahan kerjaya.



Melalui program ini, peserta akan menjalani latihan terdahulu dalam sektor dengan peluang pengambilan pekerja yang baik sebelum mencari majikan baru.



Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata pemerintah telah memperluas peluang latihan sedemikian sejak beberapa tahun lalu, terutama semasa pandemik Covid-19.



"Kursus ini akan diberi subsidi tinggi, dan selepas latihan, kami akan menyediakan khidmat pemudahan pekerjaan untuk memaksimumkan prospek pemohon kerja," kata beliau.



Program baru itu akan bermula pada 1 April dan akan menggantikan program Kemahiran SGUnited dan program Laluan Pertengahan Kerjaya SGUnited - Latihan Syarikat yang akan tamat pada 31 Mac.



Kursus di bawah SCTP akan mengandungi elemen pengalaman industri sebenar, seperti latihan di tempat kerja atau projek industri.



Mereka juga akan disediakan sokongan sebelum dan selepas latihan, seperti nasihat kemahiran dan latihan untuk membantu individu memilih kursus sesuai, pemudahan pekerjaan dan kegiatan bimbingan kerjaya.



Dalam pada itu, Program Laluan Pertengahan Kerjaya SGUnited - Penempatan di Syarikat akan dijadikan satu ciri tetap dalam ekosistem latihan dan penempatan kerja.



Encik Wong berkata program bekerja sambil berlatih seperti itu mungkin lebih sesuai bagi, misalnya, syarikat belum bersedia memberi komitmen menggajikan lebih ramai kakitangan.



Program itu menawarkan peluang bekerja sambil berlatih antara empat dengan enam bulan untuk membantu individu pertengahan kerjaya memperluas rangkaian profesional mereka dan menimba pengalaman industri yang relevan.



Peserta akan menerima elaun latihan hingga $3,800 sebulan sepanjang tempoh bekerja sambil berlatih mereka, dengan pemerintah membiayai elaun itu bersama syarikat.



Encik Wong berkata tumpuan khas diberi pada golongan pekerja pertengahan kerjaya, terutamanya yang dalam lingkungan usia 40-an dan 50-an tahun, kerana mereka lebih mudah terjejas oleh gangguan di tempat kerja.



"Namun, mereka mempunyai pengalaman berharga untuk menyumbang, dan dengan sedikit bantuan, ramai yang dapat belajar, menyesuaikan diri dan memberikan prestasi baik dalam pekerjaan baru," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >