Program baru tarik PMET tukar kerjaya ke industri buat wafer
May 17, 2016 | 05:30 AM
PENGURUS, karyawan, eksekutif dan teknisyen (PMET) dalam pertengahan kerjaya berpeluang menukar kepada bidang baru dalam industri pembikinan wafer menerusi satu program latihan baru.
Program Pertukaran Kerjaya (PCP) Wafer Fab yang menyediakan latihan kemahiran dalam industri itu dilancarkan Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say, semalam.