BAHAS BELANJAWAN 2016
Program bekerja sambil belajar poly, ITE diperluas
Apr 09, 2016 | 05:30 AM
SATU skim yang membolehkan lulusan politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) bekerja sambil melanjutkan pengajian akan diperluas, kata Pemangku Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) Ong Ye Kung.
Program Bekerja dan Belajar (ELP) SkillsFuture membolehkan lulusan politeknik dan ITE yang dipadankan dengan majikan bekerja sambil berlatih bagi mencapai pensijilan yang diiktiraf industri.