Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Program belajar secara aktif di luar kelas

Pendaftaran Darjah 1 bermula awal minggu ini. BERITA HARIAN meninjau beberapa sekolah yang menawarkan program menarik di luar bilik darjah.
Jul 01, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN baru saja dibuka tahun lalu, Sekolah Rendah Northshore sudah menawarkan pelbagai program menarik.



Ia mengajar kemahiran hidup yang penting serta menggalakkan penjagaan alam sekitar kepada murid-muridnya.



Dengan lokasi strategik yang berdekatan Pulau Coney, Sekolah Rendah Northshore memberikan tumpuan kepada pembelajaran di luar kelas untuk menyediakan pengalaman yang lebih bermakna kepada pelajar.



Semasa Program untuk Pembelajaran Aktif (PAL) di luar kelas, pelajar berpeluang melibatkan diri dengan alam sekitar, di mana mereka menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam konteks dunia sebenar.



"Pengalaman sedemikian akan membolehkan murid meneroka, menjana fikiran dan memberikan idea.



"Ini telah membantu murid memupuk keyakinan, rasa ingin tahu dan mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran." kongsi Cik Zuraida Akbar, guru Matematik di Sekolah Rendah Northshore.



Semasa PAL, murid melakukan kegiatan seperti memasang khemah, mempelajari kemahiran pertolongan cemas dan juga keselamatan di jalan raya.



Murid darjah dua, Syed Aqil Syed Farhan berkata pengalaman sedemikian memberinya peluang bekerjasama dan bertukar pendapat dengan rakan-rakan di luar bilik darjah.



Pengetua Sekolah Rendah Northshore, Cik Christine Lam, berkata program itu diharap dapat memupuk kemahiran sosialemosi murid supaya mereka lebih berdikari dan kreatif dalam mencari huraian yang diperlukan.




RANGKA KERJA PENDAFTARAN DARJAH SATU YANG DISEMAK SEMULA



Mulai tahun ini, pendaftaran bagi murid yang masuk darjah satu pada 2023 akan:



  • Tambahan bilangan tempat yang diperuntuk bagi Fasa 2C daripada 20 kepada 40.

  • Tambahan tempat yang diperuntuk, 1/3 daripada baki tempat kosong pada akhir Fasa 2A akan dipindah ke Fasa 2B dan 2/3 ke Fasa 2C.

  • Gabungkan Fasa 2A1 dan 2A2 dalam satu Fasa 2A.

Fasa 1



Bagi murid yang punya adik-beradik menuntut di sekolah rendah itu.



Fasa 2A



Bagi murid yang ibu bapa atau adik-beradik adalah bekas pelajar sekolah rendah itu termasuk yang sertai persatuan alumni sebagai anggota.



Bagi murid yang ibu bapa adalah anggota Jawatankuasa Pengurusan/ Penasihat Sekolah.



Bagi murid yang ibu bapa anggota staf sekolah rendah.



Bagi murid Tadika MOE di bawah bidang kuasanya dan terletak dalam sekolah rendah itu.



Fasa 2B



Bagi murid yang ibu bapa telah sertai sekolah rendah selaku relawan ibu bapa selewat-lewatnya 1 Julai pada tahun sebelum tahun pendaftaran darjah satu.



Mereka harus telah berkhidmat secara sukarela sekurang-kurangnya 40 jam di sekolah itu menjelang 30 Jun bagi tahun pendaftaran darjah satu.



Bagi murid yang ibu bapa adalah anggota yang diluluskan gereja/klan yang punya hubungan langsung dengan sekolah rendah.



Bagi murid yang ibu bapa diluluskan sebagai pemimpin masyarakat aktif.



Fasa 2C



Bagi murid yang belum daftar di sekolah rendah.



Fasa 2C Tambahan



Bagi murid yang belum daftar di sekolah rendah selepas Fasa 2C.



Fasa 3



Murid antarabangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >