Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program bimbing pasangan sebelum dan sesudah kahwin dirancang

Kumpulan terdiri dari kadi, naib kadi dibentuk lebih sebulan lalu bagi usahakan inisiatif demi bina rumah tangga dan masyarakat kukuh
Dec 10, 2018 | 05:30 AM



SATU program menyeluruh bagi membimbing dan memberi sokongan kepada pasangan daripada sebelum sehingga selepas mendirikan rumah tangga bakal diperkenalkan tahun depan.



Kadi, Ustaz Pasuni Maulan, memberitahu Berita Harian (BH) bahawa satu program bagi "menjadikan semacam kemestian bagi kadi dan naib kadi" bertemu dengan pasangan sebelum mereka melalui wawancara bersama Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) sedang dirancang.



Beliau bersama tiga naib kadi - Ustaz Dr Firdaus Yahya, Ustaz Harunarrashid Zainudin dan Ustaz Maaroof Haji Mohamed - telah membentuk sebuah kumpulan lebih sebulan lalu untuk mengusahakan inisiatif itu demi membina rumah tangga dan masyarakat yang kukuh.



Usaha mendekati pasangan sebelum berkahwin itu adalah supaya kadi dan naib kadi dapat membantu pasangan dalam keperluan yang ada dan memberikan bimbingan sebelum mereka memasuki alam rumah tangga.



Bagi pasangan yang mengharapkan bantuan selepas mereka bernikah, seperti dalam soal kewangan, mereka akan dirujukkan kepada badan dan pakar yang relevan, kata Ustaz Pasuni.



"Langkah seterusnya, kita akan memperkemas program kita sebelum melaksanakannya," kata beliau, yang menekankan perancangan masih di peringkat awal dan perincian lanjut akan dikongsi apabila mereka bersedia kelak.



Ustaz Pasuni menambah:



"Saya berharap ibu bapa dan masyarakat juga akan berikan sokongan dan sedar bahawa mereka semua ada peranan."



Ustaz Pasuni berkata kumpulan tersebut juga telah bertemu naib kadi yang lain bagi mendapatkan pandangan mereka.



Usaha kumpulan tersebut pertama kali disebut oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam ucapannya di majlis penghargaan bagi naib kadi di ROMM baru-baru ini.



Dalam ucapannya itu, Encik Masagos menekankan bahawa kadi dan naib kadi boleh memainkan peranan lebih besar dalam membimbing pasangan dan mewujudkan rumah tangga serta keluarga utuh dalam masyarakat.



Terdapat lima kadi dan 27 naib kadi di Singapura.



Salah seorang anggota kumpulan itu, Ustaz Harunarrashid berkata usaha kadi menjadi teman ataupun pendamping kepada pasangan bertujuan menggalak mereka membuat persiapan menyeluruh bukan hanya dari segi majlis walimah, namun juga sebagai suami isteri dan mendorong mereka menyertai kursus rumah tangga atau kelas pengetahuan.



Tambahnya, hanya pasangan tertentu saja yang akan memerlukan pendamping dalam usaha itu.



"Ini supaya mereka sedar mereka bukan suka-suka bernikah, tetapi mereka ada tanggungjawab yang perlu dipikul agar mereka tahu perbezaan komitmen sebagai orang bujang dan sebagai pula suami isteri.



"Kalau dulu waktu bertunang, berkenalan, mereka belum ada kewajipan.



"Tetapi bila dah nikah, mulalah (kehidupan) sebagai pemimpin dan dipimpin. (Program ini) Lebih kepada naib kadi menjadi penasihat kepada mereka pada peringkat sebelum nikah, untuk majlis nikah dan selepas nikah," kata beliau.



Laporan lanjut: Lebih 20,000 pasangan diijab kabul Ustaz Pasuni Maulan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >